Logo KESUMA-i

Logo KESUMA-i
Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru

Wednesday, November 25, 2009

Bengkel Seni Lakon Teater bagi Tujuan Penilaian Juara Negeri ke Festival Teater Malaysia 2010

Sessi Bengkel Senilakon bagi pemantapan Juara Negeri Johor untuk Penilaian ke FTM 2010 telah selesai diadakan pada 13 - 14 November 2009 yang lalu, program yang di kelolakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Johor (JKKNNJ)dengan kerjasama Majlis Teater Negeri Johor (MTNJ)telah menjemput Saudara Khalid Salleh (Pelakon Filem, Drama, Pengarah Teater, Aktivis dan Pensyarah terkenal tanahair)sebagai penceramah bagi program ini, program selama dua hari bertempat di dua lokasi berbeza iaitu di Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru (PTDJB)bagi grup teater Gerak Seni, Johor Bahru dan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)bagi mewakili Kelab teater YPJ. sesuatu yang menarik apabila Grup Teater Gerak Seni, Johor Bahru dibawah kelolaan Zamri Pangat dan Siti Norazziayati Abu Bakar bersama-sama En. Mohd Razif Hj. Adnan dan Othman Ahmad dengan dibantu oleh Ahli-ahli KESUMA-i yang lain mengembling tenaga untuk mengadakan Preview Teater Walinong Sari atas nasihat Pengarah JKKNNJ sebagai persiapan bertujuan mendapat sentuhan dan komen dari Saudara Khalid Salleh, Ilmu dan pengalaman beliau telah dapat dikongsi bersama para aktivis KESUMA-i yang rata-ratanya masih baru dalam dunia lakon teater, terima kasih buat En. Abdul Hamid Mohamad (Pengarah JKKNNJ), Tuan Hj. Mohamed Hj. A. Jalal (YDP MTNJ)dan En. MOhd Razif Hj. Adnan (Pengerusi KESUMA-i merangkap Setiausaha MTNJ)kerana banyak membantu para aktivis teater Johor berkongsi ilmu bersama tokoh teater yang sangat disegani di Malaysia.Terima Kasih yang tak terhingga kepada Saudara Khalid Salleh yang sudi datang ke tempat kami walaupun beliau menpunyai banyak program untuk disertai, segala pengorbanan dan kesudian beliau sangat-sangat kami hargai.

Wednesday, November 4, 2009

Ahli-Ahli Jawatankuasa KESUMA-i Johor Bahru 2010/2013

Pengerusi :Mohd Razif bin Hj. Adnan
Timbalan Pengerusi :Sahfeyah binti Hj. Sunok
Setiausaha :Othman bin Ahmad
Penolong Setiausaha :Norhafidah Buang
Bendahari :Rosita binti Hj. Mohd Anim
Ahli-Ahli Jawatankuasa:
Norazah Abdul Aziz
Nur Khaleeda Ismail
Norazmi Bahron
Mohd Faiz Abdul Samad
Mahsuri Tahir
Mohd Adib Ajmain
Juliana Hashim
Penasihat Undang-Undang : Juliana Hj. Mohd Anim

Ahli Kehormat:
Tuan Hj. Mohamed Bin Hj. A. Jalal PIS, PPN, AMN, KMN
Tuan Hj. Mohd Anim Bin Suleiman PLP, PIS, BSI

Pemeriksa Kira-Kira:
Fatimah Hj. Ali
Mohamad Hazlan Sabri

Monday, November 2, 2009

Tujuan dan Matlamat KESUMA-i Johor Bahru

Mengembang dan memajukan teater di daerah Johor Bahru.

Menjaga kebajikan ahli–ahli dan mengeratkan perhubungan persahabatan di antara ahli–ahli.

Memperjuang dan mempertahankan hak - hak dan kepentingan teater.

Merancang dan menyelaras kegiatan teater di Peringkat Daerah Johor Bahru dan Negeri Johor Darul Ta’zim.

Memberi sumbangan moral dalam mengusahakan peluang-peluang untuk kemajuan teater.
Bagi melaksanakan tujuan-tujuan diatas, maka KESUMA ~ i boleh melancarkan atau membuat rancangan dengan tujuan mengukuhkan kedudukan kewangan melalui sokongan moral, material daripada agensi-agensi kerajaan, swasta, orang perseorangan dan usaha KESUMA~i sendiri dengan persetujuan Pendaftaran Pertubuhan .

Salam Dari Selatan

ASSALAMULAIKUM W.B.T.

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah dan Mahat Mengasihani, Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga baginda serta Sahabat-sahabat baginda.

Alhamdullillah, sesungguhnya dengan izin ALLAH AZA WAJALLA melalui usaha gigih ahli-ahli KESUMA-i yang telah memberikan kerjasama erat dan sokongan padu menggembeling tenaga secara sukarela telah dapat mengadakan KHEMAH KERJA TEATER SEPANJANG TAHUN bermula dari tahun 2000 hingga kini. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih yang mendalam khususnya kepada Pegawai-pegawai dan Sekalian Ahli-ahli Jawatankuasa serta ahli-ahli KESUMA-i kerana berjaya mendaftarkan persatuan ini secara sah.

Sebenarnya penglibatan ahli-ahli KESUMA~i secara jujur, ikhlas dan berteraskan kesukarelaan demi untuk menjayakan bersama-sama program aktiviti teater khususnya di Daerah Johor Bahru yang telah disusun atur serta dirancang baik oleh Ahli-ahli Jawatankuasa KESUMA~i yang bertanggungjawab sejak Tahun-tahun yang lalu telah berjaya mewujudkan satu bentuk persefahaman antara Ahli - ahli dengan barisan pengurusan kegiatan yang diketuai oleh semua ahli jawatankuasa dan ahli-ahli KESUMA-i disamping mampu memperkemaskan urusan pentadbiran dari semasa ke semasa. Tahniah dan syabas, diharap kerjasama sebegini akan dapat diteruskan sampai bila-bila

Akhir kata, saya menyeru kepada tuan-tuan semua; marilah kita bersama-sama membuka jendela hati dan jendela minda kita untuk meletakkan wawasan baru bertujuan menyemarakkan lagi kegiatan teater di Negeri Johor dengan merancang dan meyusun semula strategi kegiatan kaedah terkini untuk memajukan teater di peringkat Daerah Johor Bahru Khususnya dan Negeri Johor amnya.

Dengan harapan tersebut, maka izinkan saya sekali kali merakamkan ucapan penghargaan setinggi-tinggi terima kasih saya kepada semua pihak yang terlibat menjayakan matlamat demi mertabatkan teater di Negeri Johor khususnya dan Malaysia amnya, terutama sekali kepada Pegawai- pegawai dan sekalian Ahli-ahli Jawatankuasa dan semua ahli-ahli KESUMA-i.

Sekian, terima kasih.

Mohd Razif Hj. Adnan

(Pengerusi Persatuan Teater KESUMA~i Johor Bahru)