Logo KESUMA-i

Logo KESUMA-i
Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru

Thursday, November 18, 2010

Penangguhan Pementasan Teater Amal Medley Abang Abang Oh Abang

Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru ingin memaklumkan bahawa Pementasan Abang Abang Oh Abang yang dijangka akan diadakan pada 12 -14 Disember 2010 bertempat di Dewan Sultan Iskandar UTM, Skudai terpaksa ditunda kepada 18 - 20hb Februari 2011 (masa dan tempat adalah sama).

Pihak produksi Various Channels Communication setelah berbincang melalui Mesyuarat Khas Tenaga Produksi yang dipengerusikan oleh Encik Muhamed Ali Mohamed Munji (BJ) memaklumkan bahawa tarikh tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana penggunaan Dewan Sultan Iskandar UTM Skudai tidak mendapat kelulusan daripada Jabatan Hal Ehwal Korporat kerana dewan tersebut akan digunakan bagi acara lain.

Untuk Makluman semua Pementasan Teater Amal Medley Abang Abang Oh Abang (AAOA) akan meneruskan latihannya setiap Selasa dan Jumaat bertempat di Anjung Seni, Pejabat Daerah Johor Bahru jam 9.00 malam sepanjang bulan Disember ini.

Latihan Teater AAOA akan disambung semula secara intensif pada tiap-tiap hari Mulai 1hb. Januari 2011, melalui perbincangan diantara Pihak Penganjur dengan Pihak Produksi AAOA maka surat kontrak kepada para Karyawan dan Tenaga Produksi AAOA mulai 1hb. Januari 2011 berserta dengan bayaran 20%. KESUMA-i amat komited di dalam melaksankan tugas yang telah dipertanggungjawabkan bersama sekelian Pegawai-Pegawai, ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli untuk melakukan kerja Amal ini.

Pihak Penganjur dan KESUMA-i juga membincangkan mengenai tugas dan peranan karyawan dan Tenaga Produksi untuk dikekalkan atau ditukarkan sekiranya tidak dapat memberikan komitmen dan dianggap pasif di dalam melaksanaan tanggungjawab ini.

Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mohd Razif bin Hj. Adnan (Pengerusi merangkap Pengarah Teater AAOA)- 016-7949059 atau En. Othman Ahmad (Penolong Pengurus Produksi & Penolong Pengarah) - 012-7048224.

KHEMAH KERJA TEATER SEPANJANG TAHUN 2011

Majlis Teater Negeri Johor (MTNJ) melalui Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) telah menyerahkan satu kertas kerja yang memberi fokus kepada Kerja-Kerja Teater Sepanjang Tahun 2011 yang akan dikelolakan oleh Majlis Kebudayaan Negeri Johor dan akan dilaksanakan oleh Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru ke seluruh daerah-daerah di Negeri Johor mulai Mac tahun 2011.

Justeru, Persatuan berharap agar Majlis Kebudayaan Daerah-Daerah (MKD) dapat mencadangkan senarai nama jurulatih teater yang mendapat pengiktirafan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) untuk berkerjasama menjalankan aktiviti ini.

Persatuan juga menawarkan peluang ini kepada jurulatih-jurulatih teater di Negeri Johor untuk kemukakan permohonan kepada pihak kami bagi sama-sama melaksanakan tugasan ini.

Sasaran program ini adalah untuk mempromosikan kesihatan melalui kegiatan berteater.

Sila hantar permohonan anda kepada urusetia KESUMA-i di alamat:-
Pejabat urusetia,
d/a: Pejabat Koperasi Pekan Rabu,
Aras Bawah, Kompleks Pekan Rabu
81200 Johor Bahru.
Tel: 5572762 / 016-7949059 / 012-7048224
Atau
No. 5, Jalan Bangau,
Larkin Jaya 80350 Johor Bahru.
Atau
emailkan kepada :- kesumai@live.com

PROJEK TEATER TAHUN 2011

Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru telah bersetuju untuk berganding idea dan tenaga dengan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Johor Bahru dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) bersama-sama UMNO Bahagian Johor Bahru mementaskan sebuah teater bertemakan perjuangan wanita yang selama ini banyak membantu dalam usaha pembangunan insan, pementasan teater ini dijangka akan diadakan pada Januari tahun 2011. DENGAN IZIN, AMIN.

Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru juga ini mempelawa kepada seluruh warga Johor untuk tampil sekiranya berminat untuk terlibat di dalam produksi teater tersebut bermula dari bulan Januari 2011.
Latihan akan diadakan pada :-
Setiap hari Selasa & Jumaat, Jam 9.00 malam
Bertempat di Anjung Seni, Pejabat Daerah Johor Bahru (Berhadapan dengan Terminal Larkin)

Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi:
En. Mohd Razif bin Hj. Adnan (Pengerusi)- 07-5572762 / 016-7949059
En. Othman Ahmad (setiausaha) - 012-7048224

Tuesday, November 16, 2010

Pelancaran Buku Perjuangan Bangsa karya Umi Shahin

Persatuan Teater Kesuma-i sekali lagi melakarkan sejarah apabila berjaya menganjurkan pelancaran buku "Perjuangan Bangsa" dan "Jalur Gemilang" karya Bonda Umi Shahin pada 13hb. November 2010 bertempat di Ballroom Tingkat 23, Hotel New York Johor Bahru. Majlis Pelancaran itu merupakan kerjasama erat diantara Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Johor Bahru dengan diketuai oleh Puan Zaini Mohamed (Setiausaha Kerja) dengan dibantu oleh rakan-rakan Puteri UMNO yang lain. Majlis pelancaran itu juga telah di rasmikan oleh YAM Tengku Hajjah Shahriah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Para tetamu yang hadir terdiri daripada Guru-guru sekolah, Persatuan NGO's, Kerabat-Kerabat Di Raja, Para Ilmuan dan wakil-wakil Exco Johor dan pengarah-pengarah Jabatan.

Antara Aturcara tersebut adalah:-
Selawat oleh Jawatankuasa dan Ahli-Ahli KESUMA-i Diketuai oleh Umi Shahin
Nyanyian Syair oleh Cik Mahsuri Tahir.
Penyampaian Sajak oleh Puan Sahfeyah Hj. Sunok
Nyanyian Koir oleh Jawatankuasa & Ahli-Ahli KESUMA-i
Instrumental oleh Tuan Hj. Mohd Anim Suleiman (Ahli Kehormat KESUMA-i)


Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru mengucapkan jutaan terima kasih diatas kerjsama semua pihak terutama Kerabat Di Raja YAM Tengku Shahriah Binti Tuanku Abdul Rahman, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Johor Bahru, YB. Datuk Seri Utama Hj. Shahrir Bin Abdul Samad (Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru), YB.Adam Bin Sumiro (Naib Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru), DBPWS, JKKNNJ, MKNJ, Keluarga Bonda Umi Shahin & Semua yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung di atas kelancaran majlis ini.

Tuesday, November 9, 2010

IM PRIHATIN

IM Prihatin mengalu-alukan individu atau syarikat yang berminat untuk berkerjasama dengan penerbitan buku YANG BUAS,TERBUANG,TERBIAR yang akan dikelolakan Tiga Badan iaitu :
Various Channels Communications(Penerbitan Buku, Bengkel Sex & Anda & Teater)
Dr. Salina Malar Abdullah (Bengkel Pendidikan Sex & Anda)
Persatua Teater KESUMA-i Johor Bahru (Teater Amal Medley Abang Abang Oh Abang)

iM Prihatin sangat mengalu-alukan kepada semua agensi kerajaan, sektor swasta dan orang perseorangan sekiranya berminat untuk berkerjasama sebagai penyumbang bagi tujuan bagi memupuk kesedaran tentang kes-kes pembuangan bayi dan gejala sosial masakini. jasabaik, bantuan, keprihatinan dan keikhlasan anda amat-amat dihargai, sebarang pertanyaan berkaitan IM Prihatin bolehlah menghubungi:-
Pejabat Urusan iM Prihatin : 07-2321223, Fax: 2321223
En. Muhamed Ali Mohamed Munji (BJ) : 07-2321223 (P) /016-7194419
En. Soekarno Talib : 016-7234419
En. Mohd Razif Hj Adnan (Teater) : 016-7949059
En. Othman Ahmad (Teater) : 012-7048224