Logo KESUMA-i

Logo KESUMA-i
Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru

Wednesday, December 22, 2010

SESI UJIBAKAT PELAKON TEATER ABANG ABANG OH ABANG

Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru ingin menawarkan kepada sesiapa yang tinggal di sekitar Johor Bahru dan berminat untuk terlibat di dalam Pementasan Teater Amal Medley Abang Abang Oh Abang arahan Encik Mohd Razif Hj Adnan yang dijangka akan dipentaskan pada 18 - 20 Februari 2011. Antara watak-watak yang ditawarkan adalah sepertimana berikut:-

Watak FILDY - Berumur 25 - 35 Tahun,
Penampilan menarik, Berbadan Tegap, ada pengalaman Berlakon, berkarisma & Komitmen.

Watak AIMI - Berumur 18 - 25 Tahun,
Penampilan menarik, Berbadan Tegap, ada pengalaman Berlakon, berkarisma & Komitmen.

Watak CALISTA - Berumur 18 - 25 Tahun,
Penampilan menarik, Bertubuh Kurus, ada pengalaman Berlakon, berkarisma & Komitmen.

Watak BEN - Berumur 16 - 20 Tahun,
Penampilan menarik, Bertubuh Kurus, ada pengalaman Berlakon, berkarisma & Komitmen.

Watak JILLY - Berumur 25 Tahun,
Penampilan menarik, ada pengalaman Berlakon, berkarisma & Komitmen.

Mereka yang berminat bolehlah menghubungi pihak KESUMA-i di Talian berikut:-
Encik Mohd Razif Hj. Adnan (016-7949059 /07-5572762)
Encik Othman Ahmad (012-7048224 / 07-2321223)
Puan Norhafidah Buang (013-7845360)

Atau Datang terus ke Anjung Seni, Pejabat Daerah Johor Bahru (Berhadapan Terminal Bas Larkin, Johor Bahru) pada setiap Selasa dan Juma'at jam 9.00 malam mulai 28hb. Disember 2010.

Tuesday, December 14, 2010

PENGAMBILAN AHLI BARU SESI 2011

Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru (KESUMA-i) mempelawa kepada sesiapa yang berminat menyertaikan kami sebagai ahli persatuan mulai Januari 2011, antara objektif KESUMA-i adalah seperti berikut:-

1. Menjalankan bengkel Khemah Kerja Teater Sepanjang Tahun.
2. Merancang dan menyelaras kegiatan teater.
3. Melahirkan lebih ramai para aktivis teater yang berpengetahuan luas.
4. Mengusahakan peluang-peluang untuk kemajuan teater.
5. Mengembang dan memajukan teater.
6. Mengeratkan hubungan teaterikal antara ahli-ahlinya.
7. Menjalankan aktiviti teater di Daerah Johor Bahru dan Negeri Johor amnya.

Untuk makluman semua, Sesi pengambilan ahli baru akan dijalankan di Anjung Seni, Pejabat Daerah Johor Bahru (Berhadapan dengan Terminal Larkin, Johor BAhru) pada setiap hari Selasa dan Jumaat jam 9.00 malam mulai 1hb Januari 2011, antara krateria-krateria ahli yang kami cari adalah sepertimana berikut:-

1. Berumur 18 tahun ke atas.
2. Displin yang tinggi dan komitmen.
3. Mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu (sekiranya ada).
4. Mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang teater.
5. Mampu memikul tanggungjawab yang diberikan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mohd Razif bin Hj. Adnan - Pengerusi KESUMA-i (016-7949059) atau En. Othman bin Ahmad - Setiausaha KESUMA-i (012-7048224).