Logo KESUMA-i

Logo KESUMA-i
Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru

Monday, November 12, 2012

TEATER NONA SANTUN

Persatuan Teater KESUMA-I Johor Bahru sekali lagi telah mementaskan sebuah pementasan teater bertajuk Nona Santun pada 9 -10 November 2012 bertempat di Balai Seminar DBP wilayah Selatan, Larkin Perdana, Johor Bahru sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2012, Peringkat Negeri Johor anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan dengan kerjasama Persatuan Teater KESUMA-I Johor Bahru dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor (JKKN Johor). Nona Santun karya Rahimah Muda ini mengangkat isu Bahasa dan budaya dikalangan bangsa asing mengenai budaya melayu sekaligus dapat mengenali sesuatu bangsa dengan bahasa sekali. Pengerusi KESUMA-i Mohd Razif Adnan berkata “produksi teater ini telah berjaya mengabungkan sebanyak tujuh badan iaitu Majlis Kebudayaan Negeri Johor (MTNJ), Majlis Teater (MTN) Johor, Univerisiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bandaraya Johor Bahru, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 1, Persatuan Kesenian Mahligai Pasir Gudang @ Mahligai Seni dan Grup Inspirasi Unik” menurut beliau “para pelakon dan tenaga produksi merupakan gabungan lama dan baru melalui pemilihan ahli-ahli KESUMA-i yang mengikuti program Khemah Kerja Teater Sepanjang Tahun 2011/2012 dan Program Semarak Aktiviti Seni Teater Peringkat Negeri Johor anjuran MTN Johor dan MKNJ yang dikendalikan oleh KESUMA-i. Mohd Razif Adnan juga berkata “pementasan kali ini tidak seperti pementasan yang pernah KESUMA-i dan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan pernah laksanakan kerana ianya dibuat di dalam skala kecil dengan keluasan Balai Seminar DBP Wilayah Selatan yang terhad, namun penyertaan seramai 35 orang karyawan dan tenaga produksi dapat memberikan kelainan dalam pementasan ini, kami amat bersyukur kerana diberikan kepercayaan sepenuhnya oleh Encik Rusdi Abd Rahman, Pegawai Perancang Bahasa DBP Wilayah Selatan selaku orang yang bertanggungjawab memberikan peluang kepada KESUMA-i untuk mementaskan teater ini. peluang yang diberikan oleh DBPWS digunakan sebaik mungkin untuk menghasilkan teater bermutu dan berilmu dan ternyata teater Nona Santun dapat dijayakan dengan berkesan sekali dan mendapat komen positif dari pihak DBPWS dan penonton yang hadir, kita sentiasa mencari kelainan dalam berkarya dan olahan lakonan dilakukan dengan penuh teliti supaya penonton jelas dan faham dengan apa yang akan kami persembahkan, Alhamdulillah ianya diterima oleh semua orang”. Othman Ahmad selaku Pengarah teater Nona Santun pula berkata “agak rumit juga pada proses awal latihan teater dari segi kupasan skrip dan kehendak permainan lakon namun begitu hasil daripada perbincangan dengan para karyawan dan latihan yang diberikan kepada para pelakon maka saya dan Pengerusi KESUMA-i bersama-sama semua pelakon terlibat telah mengambil keputusan untuk mengangkat isu demi isu dalam setiap babak melalui latihan yang telah dijalankan sejak sebulan setengah yang lalu dan ianya membuahkan hasil yang baik daripada semua pihak. Saya sangat terharu kerana sambutan hangat penonton yang hadir pada ketiga-tiga pementasan kerana memberikan reaksi positif dengan hasil kerja kami dan ini merupakan suatu pencapaian yang cukup baik hasil kerjasama semua pihak dan saya amat bersyukur”. Garapan pelakon-pelakon dilihat mantap, bagi menghidupkan mood lakonan dan mengangkat babak demi babak dengan baik sekali dan menarik dari segi penyampaian karektor dan dialog. Antara babak menarik ialah penampilan identiti setiap watak dihiasi dengan lagu tema masing-masing, ditambah pula dengan babak komidi berkaitan kefahaman mereka di dalam menguasai bahasa Melayu, terhibur dengan babak Kartika (anak duta Indonesia) ketika pengeluarkan perkataan ‘Gampang’ lalu disalah ertikan makna itu oleh Din Murai, begitu juga babak diantara Lars Hansenn (warga Denmark) yang memujuk Kartika ketika sedang bersedih, lalu cuba mententeramkan Kartika dengan memeluknya lalu dihalang oleh Ahmed dan Ainol Hassanal yang melihat perbuatan itu tidak manis bagi orang Timur, antara babak paling menarik adalah ketika Mei Mei tidak dapat meneruskan hubungan dengan Ahmed Iqram kerana terlalu jauh perbezaan adat budaya dan percakapan lalu mengambil keputusan untuk berpisah, kedua-dua pelakon dapat menghayatinya dengan menarik sekali dan penuh dengan gelak ketawa penonton. Lagu-lagu ciptaan Haji Mohd Anim Suleiman yang di nyanyikan oleh Rosita Mohd Anim, Juliana Mohd Anim dan Nurul Izzah Abdul Majid juga amat sesuai dengan jalan cerita ini. Penonton seolah-olah terbuai dengan alunan lagu dan jalan ceritanya. Peranan pelakon korus juga amat menarik kerana dilihat seperti extra turn yang sering terdapat di dalam pementasan bangsawan tetapi mempunyai kelainan tersendiri kerana ianya digarap dengan sangat menarik dimana peranan mereka ketika menukar set dengan koreografi yang disusun kemas dan sangat unik, begitu juga ketika mereka menarikan lagu Bahasa Jiwa Bangsa. Para pelakon yang menjayakan teater Nona Santun terdiri dari Shainaz Ramli (Nona Aziah), Azmi Ahmad (Ainol Hasanal), Norisimah Mohd Salleh (Ibu), Othman Ahmad (Ayah), Izyanee Mohd Nasir (Mei Mei), Mohd Hidayat Mohd Nor (Ahmed Iqram), Norazmi Hj. Bahron (Din Murai), Norazah Abdul Aziz (Kartika), Azliza A Allah@Abdullah (Angie) dan Zulkifle Abdul Majid (Lars Hansenn). Nona Santun karya Rahimah Muda berlatarkan tahun 1970-an,mengisahkan Aziah keluar dari kepompong pemikiran masyarakat yang menolak penglibatan perempuan dalam pembangunan sosial. Aziah mengikut pakciknya, Ainol Hasanal ke Johor Bahru lalu bertugas sebagai tenaga pengajar kepada sesiapa yang mahu belajar bahasa Melayu. Maka, Sekolah persendirian Ainol didatangi pelbagai golongan bangsa untuk belajar tentang jiwa Melayu dan Malaysia. Antara yang datang ialah pegawai kedutaan, kelasi kapal, pelayar, saudagar, anak-anak orang kenamaan dari luar Negara dan anak Malaysia yang telah lama belajar di luar negara. Walaupun pelbagai kesukaran terpaksa dihadapi oleh Nona Aziah dan Ainol Hasanal namun mereka sentiasa tabah berusaha memantapkan penggunaan bahasa dan elemen budaya Malaysia dalam pengajarannya kerana apa yang dilakukannya itu bukan sahaja membantu orang yang dahaga ilmu malah itulah perjuangan mereka dalam menegak jiwa bangsa dan memartabatkan maruah bangsa

Monday, November 5, 2012

FESTIVAL KESENIAN PBSB ANJURAN JKKN JOHOR

Encik Mohd Razif bin Hj. Adnan (Pengerusi)dan Encik Othman Ahmad (Setiausaha) telah dilantik sebagai Fasilitator Festival Kesenian Program Bimbingan Seni dan Budaya Peringkat Negeri Johor pada 2 – 3 November 2012 bertempat di dataran Penggaram Batu Pahat, bidang Teater telah diberikan kepercayaan pada kali ini sebagai persembahan utama dengan membawa skrip Prakata matinya Seorang Pahlawan melalui idea dan perbincangan Tuan Pengerusi dan Setiausaha dengan melibatkan SMK Senai (mengantikan KESUMA-i) dan SMK Skudai Johor Bahru sebagai pelakon dan narratornya. Sesi Pengenalan Teater telah diadakan pada 2 November 2012 jam 3.30 petang bertempat di Hotel Novo Batu Pahat dengan melibatkan 10 Kumpulan dan sesi pembelajaran yang diajar oleh Tuan pengerusi melalui kaedah Relaxation telah mendapat feedback positif dari semua peserta, kemudian pada malamnya sesi Gabungan semua kumpulan penari, penyanyi dan pelakon di satukan sebelum pementasan sebenarnya pada 3 November 2012, persembahan tersebut telah mendapat pujian dari Pengarah JKKN Johor dan tetamu yang hadir pada malam tersebut, berjaya juga dengan idea dan rangka serta floor cerita yang disumbangkan oleh Tuan Pengerusi dan Setiausaha KESUMA-i melalui program ini, Syukur Alhamdulillah dan terima kasih JKKN Johor.

DRAMA RADIO "BINTANG BULAN TANJUNG PUTERI"

Dua (2) orang ahli KESUMA-I iaitu Puan Norisimah Mohd Salleh dan Cik Azliza Abdullah telah diundang oleh Saudara Zamri dari Inspirasi Unik bagi menjalani rakaman Radio berjudul "Bintang Bulan Tanjung Puteri" bagi siaran 101.9 Johor FM, dan rakaman tersebut telah ke udara diradio pada 2 Nov 2012 jam 5.00 petang. Tahniah diucapkan.