Logo KESUMA-i

Logo KESUMA-i
Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru

Thursday, January 30, 2014

PERMOHONAN GERAN TAHUNAN DARIPADA KERAJAAN NEGERI JOHOR BAGI MENGIMARAHKAN KEGIATAN TEATER

Pada 29 Januari 2014, Pengerusi dan Setiasusaha telah berjumpa dengan En. Muhammad Ridhwan Md Salleh, Pegawai Khas Menteri Besar Johor, bagi mendapatkan khidmat nasihat dan maklumat lanjut berkaitan permohonan Geran Tahunan Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru, hasil perbincangan tersebut, beliau menyatakan bahawa permohonan KESUMA-i telah dihantar kepada Pengarah Yayasan Warisan Johor bagi tindakan lanjut. Permohonan Geran Tahunan kepada persatuan kecil adalah amat bermakna, kerana usaha yang dijalankan KESUMA-i sejak tahun 90-an lagi kurang mendapat perhatian daripada pegawai-pegawai kerajaan sebelum ini, namun kami di KESUMA-i tidak pernah mengalah demi memartabatkan kesenian Teater di Daerah Johor Bahru, telah ramai generasi teater yang pernah mendapat khidmat KESUMA-i dari segi ilmu teater sehingga bergelar Pengarah Teater, Penolong Pengarah, Pengarah Teknikal, Koreografer dan sebagainya kemudian mereka keluar mencari peluang yang ditawarkan kepada mereka, kini KESUMA-i lebih mengfokuskan kepada kejurulatihan teater demi menarik lebih ramai bakat-bakat pendidik yang faham dengan teori dan praktikal teater supaya generasi baru lebih agresif di dalam menghasilkan karya-karya bermutu dari pelbagai sudut, ini yang sedang KESUMA-i jalankan. 

Wednesday, January 8, 2014

KE ARAH KEMAJUAN TEATER NEGERI JOHOR

KESUMA-i akan terus memperluaskan kepakaran dan kemahiran kejurulatihan dari masa ke semasa, kini KESUMA-i sedang merangka program-program untuk membantu daerah-daearh mewujudkan kumpulan-kumpulan teater daerah-daerah dan akan terus mempergiatkan lagi hubungan baik dan kerjasama dengan kumpulan-kumpulan teater di seluruh negeri Johor.

Sunday, January 5, 2014

KHEMAH KERJA TEATER SEPANJANG TAHUN UNIT GERAK KREATIF KESUMA-i BAGI TAHUN 2014

Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru akan meneruskan Khemah Kerja Teater Sepanjang Tahun Unit Gerak Kreatif KESUMA-i  bagi tahun 2014 bermula  3 Februari 2014 (Isnin) jam 8.30 malam bertempat di Dewan Raya Kampung Melayu Batu 10 Skudai, Johor Bahru, KESUMA-i akan menjalankan latihan dan Khemah Kerja sepertimana berikut:-

1.   Asas Vokal dan Penafasan
2.   Lakon 1, 2 & 3
3.   Senam Seni Malaysia
4.   Silat Dalam Teater
5.   Gerak Kreatif
6.   Dekon (Deklamasi dan Lakon)

kami mengalu-alukan kepada mereka yang berumur 18 dan ke atas untuk mempelajari ilmu teater dan marilah kita berkongsi pengalaman di dalam memartabatkan kesenian teater kerana ilmu teater itu sangat luas mencakupi kehidupan seharian kita, marilah sama-sama kita berusaha membantu untuk meningkatkan Nilai-nilai murni di dalam perkongsian bersama Khemah Kerja Teater Sepanjang Tahun Unit Gerak Kreatif KESUMA-i  bagi tahun 2014. 

Kepada yang berminat menyertai kami,  sila hubungi 
Encik Mohd Razif Hj Adnan, Pengerusi KESUMA-i ditalian 017-7416710 / 07-5572762 
atau 
Encik Othman Ahmad @ Mann Cik Kah, Setiasusaha KESUMA-i ditalian 012-7048224.

UNIT TARI KESUMA-i

Pada tahun 2014 ini, hasil berbicangan dengan eksekutif KESUMA-i maka tertubuhlah Unit Tari KESUMA-i secara rasminya pada 1 Januari 2014, perancangan untuk mendidik dan memberikan tunjuk ajar kepada adik-adik generasi muda yang begitu berminat mendalami kesenian Teater dan Tari, Unit Tari KESUMA-i mengutamakan kanak-kanak dan remaja berusia 7 hingga 18 Tahun. Pada10 Januari 2014 sesi taklimat bersama ahli-ahli baru akan diadakan bertempat di Dewan Raya Kampung Melayu Batu 10 Skudai, Johor Bahru.  Untuk makluman semua, Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru juga mempunyai ahlinya yang diiktiraf Jurulatih JSBN - Tari, untuk Unit Tari KESUMA-i ini diketuai oleh Encik Othman bin Ahmad selaku Ketua Unit Tari KESUMA-i merangkap Setiausaha KESUMA-i, kepada yang berminat untuk menyertai kami silalah menghubungi En Othman Ahmad @ Mann Cik Kah ditalian 012-7049224 / 011-28656285.