Logo KESUMA-i

Logo KESUMA-i
Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru

Tuesday, February 4, 2014

PELANCARAN PROGRAM KHEMAH KERJA TEATER SEPANJANG TAHUN 2014

Pelancaran Program Khemah Kerja Teater Sepanjang Tahun Unit Gerak Kreatif KESUMA-i 2014 anjuran Persatuan Teater Kesuma-i Johor Bahrudengan kerjasama Majlis Teater Negeri Johor, UMNO Cawangan Skudai Batu 10 akan diadakan di Dewan Kg. Melayu Batu 10, Skudai, Johor Bahru, pada 3 Februari 2014 (Isnin), jam 8.30 malam, Pelancaran program ini telah dirasmikan oleh Encik Baharuddin Bahrin bin Ramli, Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor sebagai wakil rasmi kepada Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor, turut hadir pada malam pelancaran ini ialah Encik Mohd Azhar Mokhtar, Penolong Pengarah Bahagian Kokurikulum Kebudayaan dan Kesenian, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Encik Rosli Mohd Shah, Ketua UMNO Cawangan Kg. Melayu Batu 10, Skudai dan wakil-wakil dari Unit Kompang KESUMA-i serta Ahli-ahli UMNO Cawangan Kg. Melayu Batu 10, Skudai. 
Program ini bertujuan, mendedahkan khalayak baru tentang kegiatan dan aktiviti teater di negeri Johor, kali ini KESUMA-i mengkhususkan mukim-mukim yang dilihat mempunyai potensi bakat-bakat muda yang boleh diketengahkan bukan sahaja di peringkat daerah Johor Bahru tetapi juga mempunyai standart di peringkat Negeri Johor dan Kebangsaan, hasil usaha inilah KESUMA-i turun ke kampung-kampung untuk menghidupkan kegiatan kesenian selain teater dengan wujudnya Unit Kompang, Unit Tari dan Unit Gerak Kreatif KESUMA-i melalui usaha-usaha ahli-ahli yang aktif bersama KESUMA-i. diharap dengan program ini lebih ramai anak-anak muda yang berminat untuk mendalami ilmu teater dalam bersama-sama meluangkan masa berlatih dan mencari ilmu demi masa depan mereka sendiri. Latihan Khemah Kerja Teater Sepanjang Tahun 2014 KESUMA-i & MTN Johor akan terus berlangsung setiap Selasa dan Jumaat jam 9.00 malam bertempat di Anjung Seni Pusat Kegiatan Kesenian Majlis Kebudayaan Daerah Johor Bahru, Pejabat Daerah Johor Bahru

No comments:

Post a Comment