Logo KESUMA-i

Logo KESUMA-i
Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru

Saturday, September 6, 2014

MERANCANG MENGADAKAN SATU BENTUK LATIHAN PERSEMBAHAN

Hasil Perbincangan hangat pada 5 September 2014, maka Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru menerusi idea bersama Pengerusi dan Ahli-Ahli Jawatankuasa yang ada telah merancang dan merangka sebuah Persembahan berbentuk Latihan yang dijangka akan di jalankan seberapa segera di Anjung Seni, Pusat Kegiatan Kesenian Majlis Kebudayaan Daerah Johor Bahru, melalui perbincangan ini, KESUMA-i merancang dengan menampilkan persembahan dan kreativiti daripada 12 orang lama yang setia dan begitu komited terhadap aktiviti KESUMA-i sepanjang tahun sejak tahun 2000 hingga kini, perancangan ini adalah bertujuan menjalankan satu aktiviti berfaedah serta memantapkan lagi skill kejurulatihan ahli-ahli dan menambahbaik mutu dan kreativiti orang-orang lama yang berpengalaman ini.
 
Dengan Menampilkan pelbagai genre persembahan merangkumi Puisi Tradisional, Deklamasi Sajak, Fregmen, Tari, Gerak kreatif, dan pelbagai lagi yang akan ditampilkan kepada penonton yang pastinya akan menghiburkan semua.

Para pengemar teater dan masyarakat bolehlah datang  menyaksikan persembahan daripada KESUMA-i dengan melayari Blogspot ini dan di Facebook : Teater KESUMA-i Johor Bahru bagi mengetahui jadual persembahan yang akan diadakan kelak. pihak kami akan setiasa mengemaskini jadual persembahan apabila ianya akan diadakan. inilah Usaha kami untuk menghidupkan kembali kegiatan kesenian Teater di daerah Johor Bahru yang sering dinanti-nantikan pengemar teater tanahair. Tunggu Kemunculan kami ya.

Tuesday, September 2, 2014

PEMENTASAN TEATER "KORBAN 3 SEPUPU"

KESUMA-i sedang dalam rangka jadual untuk mementaskan Pementasan Teater "Korban 3 Sepupu" yang dicadangakan akan diadakan pada akhir bulan Oktober 2014 (hanya menanti tarikh selepas Mesyuarat AJK ke3 diadakan). kami juga mengalu-alukan kepada mereka yang ingin terlibat dan menimba ilmu teater dan produksi agar bersama-sama menjayakan pementasan ini. suka diingatkan kami bukan Produksi teater besar yang mampu membayar ribuan ringgit kepada yang terlibat, persatuan kecil kami sekadar mengikut kemampuan bajet yang ada sahaja, kami juga mengalu-alukan belia-belia yang ingin menyertai kami di dalam pementasan ini.

Latihan akan diadakan di dua (2) lokasi iaitu 
: Anjung Seni, Pusat Kegiatan Kesenian Majlis Kebudayaan Daerah Johor Bahru 
 d/a Pejabat Tanah dan Daerah Johor Bahru : Setiap SELASA & JUMAAT, JAM 9.00 MALAM
: Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat Johor Bahru (akan diberitahu kelak). 

Jika anda berminat untuk menyertai dan mencari pengalaman bersama kami silalah datang pada hari tersebut diatas atau menghubungi En Mohd Razif Hj Adnan (Pengerusi) 017-741 6710 atau En Mann Cik Kah (Setiausaha) 012-7048224

Tuesday, August 12, 2014

Ziarah Aidilfitri Teater KESUMA-i dan Belia KESUMA-i

Kunjung Mengunjung diantara Ahli-ahli telah menjadi satu kemestian dalam diri ahli-ahli KESUMA-i, pada tahun ini KESUMA-i telah bertandang ke rumah En Mohd Razif Hj Adnan dan Puan Sahfeyah (Pengerusi dan Timbalan Pengerusi KESUMA-i), En Mann Cik Kah (Setiausaha KESUMA-i), Cik Azliza Abdullah@ Leez Glam, Cik Rozita Mohd Salleh dan Mohd Ashraf Azizah, Ziarah ini lebih bertujuan mengeratkan silaturrahhim dikalangan ahli-ahli KESUMA-i, semoga persahabatan kekal buat selamanya KASIH EKHSAN SELAGI UMUR MASIH ADA, INSYA ALLAH @ KESUMA-i











Monday, July 28, 2014

DRAMATARI ULIK MAYANG KOLABORASI KESUMA-I DAN TARI ALIFF

Sebuah Persembahan Dramatari Ulik Mayang telahpun diadakan pada 6 Julai dan 26 Julai 2014 jam 5.15 petang di Angsana JB Mall anjuran Angsana Johor Bahru Mall dengan kerjasama Tari Alif dan Persatuan Teater Kesuma-i Johor Bahru, Dua pementasan yang diadakan pada bulan Ramadhan yang lalu memberikan pengisian mendalam terhadap kesenian yang mengadunkan tari dan teater, unsur dramatik yang ditonjolkan oleh Pengarahnya Cikgu Shaque amat bertepatan dengan persembahan ini, meskipun ini adalah pertama kali KESUMA-i bergabung dengan kumpulan Tari Aliff namun keakraban dan persahabatan yang sudah lama terjalin (Cikgu Shaque dan Fairuz Ahmad (Embun) juga merupakan ahli KESUMA-i) memberikan satu kamestri dalam persembahan, rata-rata penonton memuji persembahan ini kerana ianya dipamerkan secara jelas tentang kehidupan nelayan dan muzik yang dialunkan sangat tepat dengan situasi dan jalan cerita, syabas kami ucapkan kepada yang terlibat.













Friday, June 20, 2014

PEMENTASAN TEATER EKSPERIMENTAL REVOLUSI SYAITAN

Pementasan Teater Eksperimental Revolusi Syaitan telahpun diadakan pada 2 hingga 5 Jun 2014 bertempat di Dewan Kenangan, Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat Batu 5 Johor Bahru, seramai 35 orang karyawan dan Tenaga Produksi telah terlibat dengan menggabungkan Pelakon Berpengalaman dan Baru di dalam pementasan kali ini.

Skrip Karya Tuan Haji Abdul Rashid Kasman Jaafar ini merupakan skrip yang paling diminati oleh semua pengiat teater lama khususnya sekitar tahun 80an dan 90an, skrip mengisahkan kepincangan manusia yang lalai dengan suruhan agama dan kepincangan pemimpin yang korup serta pentingkan diri sendiri tanpa melihat kesengsaraan rakyat bawahannya, skrip ini walaupun telah lama diterbitkan sekitar tahun 80an namun ianya masih mengutarakan isu-isu yang sering terjadi sehingga kini.

Dengan menampilkan Pengarah Baru dikalangan wanita (Buat kali ke-dua KESUMA-i pertaruhkan Pengarah Wanita) iaitu Rosita Hj. Mohd Anim, corak dan gaya persembahan Teater Eksperimental Revolusi Syaitan kali ini dilihat amat berlainan dari pementasan-pementasan sebelum ini, Rosita berkata "saya amat bertuah kerana diberikan kumpulan produksi yang sangat profesional dan berpengalaman, satu kejutan apabila diberikan tugas dan tanggungjawab mengalas title Pengarah dalam produksi ini, namun saya menyahut cabaran ini daripada Encik Mohd Razif Haji Adnan Pengerusi KESUMA-i yang sentiasa ingin menampilkan pengarah-pengarah baru dalam setiap produksi yang dikelolakan oleh KESUMA-i", Othman Ahmad Setiausaha KESUMA-i pula berkata "kami juga amat bertuah kerana dipelawa oleh UMNO Parlimen Pulai untuk mementaskan teater ini di Dewan Kenangan, Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, usahasama diantara KESUMA-i dan UMNO Parlimen Pulai dilihat sangat baik, kami sangat terharu apabila Setiausaha Bahagian Uncle Rashid Kasman menyumbangkan dua buah poster gergasi, makan minum VIP dan jemputan khas, makan minum para karyawan dan tenaga produksi serta segala kelengkapan yang kami perlukan dapat disediakan di Kompleks tersebut, saya sangat terharu dengan kecekapan Pengurusan Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat yang sentiasa memberikan kerjasama baik sepanjang kami berkampung di sana.

Dengan Jumlah penonton yang penuh dan padat dalam ke empat-empat hari pementasan iaitu dianggarkan seramai 1,200 orang (250 - 300 orang yang menonton setiap hari), telah memberikan satu semangat kepada KESUMA-i untuk terus memberikan satu kualiti terbaik di dalam setiap pementasan yang dikendalikan oleh KESUMA-i. bukan pujian dan sorakan penonton yang kami lihat tetapi ianya memberikan kefahaman terhadap isu cerita yang kami pentaskan, ianya adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat dan memberikan mereka kesedaran terhadap apa yang berlaku disekeliling mereka, kami tidak mempunyai artis popular dan glamour yang tinggi nilai bayarannya daripada aktivis yang berjuang sepanjang hayat mereka memperjuangkan seni di negeri tercinta ini untuk memajukan teater, cukuplah sekadar muka baru dan lama yang mempunyai kualiti setara yang dapat menyampaikan mesej kepada masyarakat, itulah matlamat kami memperjuangkan seni teater di Negeri Johor ini. 

KESUMA-i juga amat bertuah dan terharu menerima kunjungan daripada YB. Dato' Zulkurnain bin Hj. Kamisan, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor, bersama-sama Encik Ridhwan bin Mohd Salleh Pegawai Khas kepada Menteri Besar Johor bagi melihat persiapan akhir, YB Dato' dilihat sangat perihatin terhadap aktivis seperti kami, melalui sokongan ini beliau telah membantu KESUMA-i dengan sokongan dan bantuan kewangan bagi melaksanakan pementasan ini.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor masih terus membantu persatuan ini sebagai rakan kerjasama dengan menyediakan peralatan teknikal dan bantuan kewangan untuk merealisasikan program ini, jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat.








Tuesday, June 10, 2014

AKTIVITI KESUMA-I SEPANJANG BULAN MAC HINGGA JUN 2014

Pada 16 Mac 2014, KESUMA-i telah diwakili oleh Pegawai dan Ahli Jawatankuasa ke Mesyuarat Agung Majlis Kebudayaan Daerah Johor Bahru, melalui pemilihan tersebut Pengerusi sekali lagi dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa MKDJB.

Pada 23 Mac 2014, Pengerusi dan Setiausaha menghantar permohonan kepada Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Pulai.

Pengerusi dan Setiausaha KESUMA-i telah berjaya diterima menjadi ahli CCIG (Creative Content Industry GUILD Malaysia) pada 25 Mac 2014 - Mesy. Majlis Kerja CCIG yang lalu, semoga apa yang diusahakan ini dapat dimanfaatkan bersama ahli-ahli yang lain, Insya Allah, Amin.

Seramai 10 orang Ahli KESUMA-i dan Belia KESUMA-I menghadiri Majlis Jalinan Mesra anjuran Majlis Kebudayaan Negeri Johor dan Majlis Kebudayaan Daerah Johor Bahru pada 25 Mac 2014 bertempat di Tropical Inn Hotel, Johor Bahru.

Tanggal 15 April 2014, Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiasuaha telah mengadakan pertemuan dengan Tuan Haji Abdul Rahsid Kasman bagi permohonan yang telah dibuat oleh KESUMA-i dan perancangan mengadakan pementasan teater, hasil daripada perbincangan tersebut maka Tuan Haji Abdul Rashid Kasman bersetuju untuk membantu KESUMA-i untuk mengadakan pementasan Teater “Revolusi Syaitan”

Pada 15 April 2014 juga, KESUMA-i telah menghantar Undangan kepada Putera dan Puteri UMNO Bahagian dan Cawangan kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor melalui Setiausaha Kerjanya iaitu Encik Ramlee Bohani, untuk dipanjang kepada UMNO Bahagian dan Cawangan bagi menyertai Program Khemah Kerja Teater Sepanjang Tahun anjuran Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru, Antara matlamat KESUMA-i mengundang Pemuda dan Puteri UMNO mengikuti program ini adalah agar dapat mengembangkan ilmu teater di kawasan dan komuniti masing-masing untuk dikongsi kepada masyarakat sekeliling, amin.

Pada 22 April,2014, Tuan Pengerusi telah menghadiri mesyuarat AJK Majlis Kebudayaan Daerah Johor Bahru bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Johor Bahru.

Latihan Teater Revolusi Syaitan telah bermula 23 April 2014 bertempat di Anjung Seni Pejabat Daerah Johor Bahru dan pada tarikh tersebut cik Mary Victoria Dass daripada Harian Metro telah datang bagi membantu menyiarkan artikel berkaitan pementasan teater Eksperimental Revolusi Syaitan.

Pada 1 Mei 2014, Tuan Pengerusi, Puan Timbalan Pengerusi dan Setiausaha telah dilantik sebagai Pengadil Pertandingan Dikir Barat sempena KARNIVAL MESRA BELIA - Jom Ke Putrajaya Peringkat Negeri Johor berlokasi di Pontian.

Seramai 10 orang ahli Persatuan Teater KESUMA-i  bersama-sama AJK Persatuan Belia KESUMA-I telah menghadiri Majlis Sepetang Bersama MKDJB pada 17 Mei 2014 bertempat The Zon Johor Bahru.

Gotong royong membuat set & prop di Anjung Seni Pejabat Daerah Johor Bahru diantara Ahli-ahli Persatuan Teater KESUMA-i dan Persatuan Belia KESUMA-I pada 18 Mei 2014 jam 3.00 petang, syabas diucapkan.

Tuan Pengerusi, Setiasuaha telah telah pergi ke pejabat YB. Dato; Zulkurnain Hj Kamisan bagi memohon bantuan kebudayaan bagi mengadakan pementasan pada 4, 11,  & 25 Mei 2014, melalui surat bantuan tersebut YB. Dato; telah minitkan kepada JKKN Johor dan Setiasuaha telah menghantar system pesanan ringkas kepada Pembantu Khas beliau kerana surat bantuan tersebut adalah bantuan melalui Majlis Kebudayaan Negeri Johor dan bukan kepada JKKN Johor, maka Setiausaha telah menghantar email kepada En Akmal pada 25 Mei 2014 untuk diserahkan kepada YB. Dato’ untuk permohonan kepada Majlis Kebudayaan Negeri Johor.

Kunjungan YB. Dato’ Zulkurnain Hj Kamisan, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan warisan Negeri Johor bagi melihat persiapan KESUMA-I mengadakan pementasan teater Revolusi Syaitan pada 2 Jun 2014 jam 5.00 petang bertempat di Dewan Kenangan, Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat Batu 5 Johor Bahru.

Pementasan Teater Eksperimental “Revolusi Syaitan” telah berjaya dipentaskan di Dewan Kenangan, Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat Batu 5 Johor Bahru pada 2 -5 Jun 2014, KESUMA-I amat berterima kasih atas kerjasama baik daripada pihak pengurusan Kompleks dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Pulai atas segala bentuk bantuan yang diberikan termasuk siar raya, promosi, jamuan VIP, jamuan karyawan dan persiapan dewan.

Pada 6 Jun 2014, Persatuan Teater KESUMA-i telah diberikan tiket percuma sebanyak 30 keping daripada YB. Dato’ Zulkurnain Hj. Kamisan, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Suka, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor untuk bersama-sama menonton Teater Monolog "Jual Ubat" lakonan Saudara Khalid Salleh di Auditorium JOTIC, Johor Bahru, ribuan terima kasih diucapkan kepada YB. Dato’. 

Saturday, March 22, 2014

KESUMA-i DILANTIK SEBAGAI FASILITATOR PROGRAM SEMARAK TEATER SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI JOHOR 2014 ANJURAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

KESUMA-i akan bersama JPN Johor menjayakan Program Semarak Teater Sekolah-Sekolah Menegah Negeri Johor di Daerah Mersing pada 16 hingga 19 Mac 2014 - Fasilitator yang bertugas adalah Encik Mohd Razif Hj Adnan, Encik Saini Ariffin, En Fairuz Ahmad dan Puan Sahfeyah Hj. Sunok dilantik sebagai Fasilitator manakala Encik Othman Ahmad sebagai Ketua Fasilitator, melalui program ini pelajar-pelajar didedahkan dengan kaedah pembelajaran teater seperti The Magic If, Theatre Game, Text / SubText, selain Pengarahan, Pencahayaan, set, props dan Blocking Pentas, melalui program ini setiap 10 orang peserta disetiap daerah  dipecahkan kepada 10 kumpulan serta diberikan tas untuk menghasilkan sebuah produksi bermutu dalam masa 2 hari dan keseluruhan mereka akan dinilai berdasarkan displin sepanjang program ini diadakan. Tahniah kepada mereka yang berjaya dipilih oleh panel juri untuk mewakili Negeri Johor dalam Semarak Teater Kebangsaan 2014 di negeri Perak.

Monday, March 17, 2014

KESUMA-i DILANTIK SEBAGAI FASILITATOR BENGKEL PEMANTAPAN FESTIVAL TEATER KEBANGSAAN ANJURAN JKKN JOHOR

Pengerusi dan Setiausaha KESUMA-i telah dilantik oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor sebagai Fasilitator bagi memberikan tunjukajar dan nasihat kepada kumpulan Teen “N” Theatre di Bengkel Pemantapan Festival Teater Peringkat Zon pada 14 -15 Mac  2014 bertempat di Studio Tari, Unit Kebudayaan UTM Skudai. Hasil tunjukajar dan perkongsian ilmu ini dapatlah kita lihat hasil yang telah ditunjukkan oleh para peserta dan dapat memberikan kesan dramatik terhadap permainan lakon mereka, KESUMA-i juga membuka ruang kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan, pihak Swasta dan Kumpulan-Kumpulan teater yang memerlukan khidmat nasihat serta tunjuk ajar bolehlah menghubungi Pengerusi KESUMA-i di talian 017-77416710 atau Setiausaha KESUMA-i ditalian 012-7048224. 

Sunday, February 9, 2014

KESUMA-i TERUS GIGIH MEMPERHEBATKAN BENGKEL-BENGKEL TEATER DAERAH-DAERAH

Pertemuan Pengerusi KESUMA-i iaitu Encik Mohd Razif Hj Adnan dan Setiausaha KESUMA-i bersama-sama Pegawai KPI Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor iaitu Encik Norafandi bin Jamian pada 7 Februari 2014 bagi perbincangan lanjut mengenai Bengkel Semarak Aktiviti Teater Daerah Batu Pahat. Namun pihak YB. tidak dapat memberikan kata putus berkaitan program tersebut kerana bergantung kepada bajet yang sedang diusahakan dan berjanji akan menghubungi KESUMA-i. satu maklumbalas positif dari YB. Pengerusi Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor sendiri bahawa beliau sangat menyokong segala usaha baik yang diusahakan oleh KESUMA-i, sokongan dan dorongan daripada YB. Dato' Zulkurnain Hj Kamisan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih daripada kami para Aktivis Teater di Johor ini.

Tuesday, February 4, 2014

PELANCARAN PROGRAM KHEMAH KERJA TEATER SEPANJANG TAHUN 2014

Pelancaran Program Khemah Kerja Teater Sepanjang Tahun Unit Gerak Kreatif KESUMA-i 2014 anjuran Persatuan Teater Kesuma-i Johor Bahrudengan kerjasama Majlis Teater Negeri Johor, UMNO Cawangan Skudai Batu 10 akan diadakan di Dewan Kg. Melayu Batu 10, Skudai, Johor Bahru, pada 3 Februari 2014 (Isnin), jam 8.30 malam, Pelancaran program ini telah dirasmikan oleh Encik Baharuddin Bahrin bin Ramli, Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor sebagai wakil rasmi kepada Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor, turut hadir pada malam pelancaran ini ialah Encik Mohd Azhar Mokhtar, Penolong Pengarah Bahagian Kokurikulum Kebudayaan dan Kesenian, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Encik Rosli Mohd Shah, Ketua UMNO Cawangan Kg. Melayu Batu 10, Skudai dan wakil-wakil dari Unit Kompang KESUMA-i serta Ahli-ahli UMNO Cawangan Kg. Melayu Batu 10, Skudai. 
Program ini bertujuan, mendedahkan khalayak baru tentang kegiatan dan aktiviti teater di negeri Johor, kali ini KESUMA-i mengkhususkan mukim-mukim yang dilihat mempunyai potensi bakat-bakat muda yang boleh diketengahkan bukan sahaja di peringkat daerah Johor Bahru tetapi juga mempunyai standart di peringkat Negeri Johor dan Kebangsaan, hasil usaha inilah KESUMA-i turun ke kampung-kampung untuk menghidupkan kegiatan kesenian selain teater dengan wujudnya Unit Kompang, Unit Tari dan Unit Gerak Kreatif KESUMA-i melalui usaha-usaha ahli-ahli yang aktif bersama KESUMA-i. diharap dengan program ini lebih ramai anak-anak muda yang berminat untuk mendalami ilmu teater dalam bersama-sama meluangkan masa berlatih dan mencari ilmu demi masa depan mereka sendiri. Latihan Khemah Kerja Teater Sepanjang Tahun 2014 KESUMA-i & MTN Johor akan terus berlangsung setiap Selasa dan Jumaat jam 9.00 malam bertempat di Anjung Seni Pusat Kegiatan Kesenian Majlis Kebudayaan Daerah Johor Bahru, Pejabat Daerah Johor Bahru

Thursday, January 30, 2014

PERMOHONAN GERAN TAHUNAN DARIPADA KERAJAAN NEGERI JOHOR BAGI MENGIMARAHKAN KEGIATAN TEATER

Pada 29 Januari 2014, Pengerusi dan Setiasusaha telah berjumpa dengan En. Muhammad Ridhwan Md Salleh, Pegawai Khas Menteri Besar Johor, bagi mendapatkan khidmat nasihat dan maklumat lanjut berkaitan permohonan Geran Tahunan Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru, hasil perbincangan tersebut, beliau menyatakan bahawa permohonan KESUMA-i telah dihantar kepada Pengarah Yayasan Warisan Johor bagi tindakan lanjut. Permohonan Geran Tahunan kepada persatuan kecil adalah amat bermakna, kerana usaha yang dijalankan KESUMA-i sejak tahun 90-an lagi kurang mendapat perhatian daripada pegawai-pegawai kerajaan sebelum ini, namun kami di KESUMA-i tidak pernah mengalah demi memartabatkan kesenian Teater di Daerah Johor Bahru, telah ramai generasi teater yang pernah mendapat khidmat KESUMA-i dari segi ilmu teater sehingga bergelar Pengarah Teater, Penolong Pengarah, Pengarah Teknikal, Koreografer dan sebagainya kemudian mereka keluar mencari peluang yang ditawarkan kepada mereka, kini KESUMA-i lebih mengfokuskan kepada kejurulatihan teater demi menarik lebih ramai bakat-bakat pendidik yang faham dengan teori dan praktikal teater supaya generasi baru lebih agresif di dalam menghasilkan karya-karya bermutu dari pelbagai sudut, ini yang sedang KESUMA-i jalankan. 

Wednesday, January 8, 2014

KE ARAH KEMAJUAN TEATER NEGERI JOHOR

KESUMA-i akan terus memperluaskan kepakaran dan kemahiran kejurulatihan dari masa ke semasa, kini KESUMA-i sedang merangka program-program untuk membantu daerah-daearh mewujudkan kumpulan-kumpulan teater daerah-daerah dan akan terus mempergiatkan lagi hubungan baik dan kerjasama dengan kumpulan-kumpulan teater di seluruh negeri Johor.

Sunday, January 5, 2014

KHEMAH KERJA TEATER SEPANJANG TAHUN UNIT GERAK KREATIF KESUMA-i BAGI TAHUN 2014

Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru akan meneruskan Khemah Kerja Teater Sepanjang Tahun Unit Gerak Kreatif KESUMA-i  bagi tahun 2014 bermula  3 Februari 2014 (Isnin) jam 8.30 malam bertempat di Dewan Raya Kampung Melayu Batu 10 Skudai, Johor Bahru, KESUMA-i akan menjalankan latihan dan Khemah Kerja sepertimana berikut:-

1.   Asas Vokal dan Penafasan
2.   Lakon 1, 2 & 3
3.   Senam Seni Malaysia
4.   Silat Dalam Teater
5.   Gerak Kreatif
6.   Dekon (Deklamasi dan Lakon)

kami mengalu-alukan kepada mereka yang berumur 18 dan ke atas untuk mempelajari ilmu teater dan marilah kita berkongsi pengalaman di dalam memartabatkan kesenian teater kerana ilmu teater itu sangat luas mencakupi kehidupan seharian kita, marilah sama-sama kita berusaha membantu untuk meningkatkan Nilai-nilai murni di dalam perkongsian bersama Khemah Kerja Teater Sepanjang Tahun Unit Gerak Kreatif KESUMA-i  bagi tahun 2014. 

Kepada yang berminat menyertai kami,  sila hubungi 
Encik Mohd Razif Hj Adnan, Pengerusi KESUMA-i ditalian 017-7416710 / 07-5572762 
atau 
Encik Othman Ahmad @ Mann Cik Kah, Setiasusaha KESUMA-i ditalian 012-7048224.

UNIT TARI KESUMA-i

Pada tahun 2014 ini, hasil berbicangan dengan eksekutif KESUMA-i maka tertubuhlah Unit Tari KESUMA-i secara rasminya pada 1 Januari 2014, perancangan untuk mendidik dan memberikan tunjuk ajar kepada adik-adik generasi muda yang begitu berminat mendalami kesenian Teater dan Tari, Unit Tari KESUMA-i mengutamakan kanak-kanak dan remaja berusia 7 hingga 18 Tahun. Pada10 Januari 2014 sesi taklimat bersama ahli-ahli baru akan diadakan bertempat di Dewan Raya Kampung Melayu Batu 10 Skudai, Johor Bahru.  Untuk makluman semua, Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru juga mempunyai ahlinya yang diiktiraf Jurulatih JSBN - Tari, untuk Unit Tari KESUMA-i ini diketuai oleh Encik Othman bin Ahmad selaku Ketua Unit Tari KESUMA-i merangkap Setiausaha KESUMA-i, kepada yang berminat untuk menyertai kami silalah menghubungi En Othman Ahmad @ Mann Cik Kah ditalian 012-7049224 / 011-28656285. 

Friday, November 22, 2013

Perancangan aktiviti KESUMA-i tahun 2014

Bagi tahun 2014, Persatuan Teater KESUMA-i sedang rancak mengatur strategi melalui pembangunan Teater di dalam menggerakkan bengkel dan seminar teater seluruh Negeri Johor yang akan di jalankan selama setahun. melaui program ini pergerakkan ahli persatuan di dalam mengendalikan program-program yang telah dirancang sepanjang tahun 2014 akan dapat dilaksanakan dengan lebih terarah, adalah menjadi misi dan Visi KESUMA-i apabila program yang dijalankan ini mestilah memberikan impak positif daripada masyarakat, kajian demi kajian untuk membantu aktivis daerah untuk mengembangkan aktiviti-aktiviti teater di daerah masing-masing dan memberikan cadangan yang sesuai bagaimanakah cara yang terbaik dan termampu untuk menubuhkan kumpulan seni dan budaya (teater) dibawah kendalian badan-badan kebudayaan daerah-daerah, membantu dan membimbing kumpulan teater di daerah-daerah yang diseliakan oleh Majlis Kebudayaan Daerah-Daerah disamping memberikan maklumat terkini mengenai perkembangan teater khususnya di Negeri Johor dan di peringkat kebangsaan akan terus dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Antara prrogram yang dirancang adalah sepertimana berikut:-

  1. Khemah Kerja Teater Sepanjang Tahun (Januari hingga Disember 2014)
(Dengan Kerjasama Majlis Teater Negeri Johor)

  1. Pementasan Teater Eksperimental Islamic “Revolusi Syaitan” (Jun 2014)
(Cadangan Kerjasama Kerajaan Negeri Johor, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor, Majlis Kebudayaan Negeri Johor, Majlis Teater Negeri (MTN) Johor, Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Johor,Majlis Agama Islam Negeri Johor)

  1. Seminar & Bengkel Semarak Aktiviti Seni Teater Daerah-Daerah di Negeri Johor (Feb – Okt 2014)
(Dengan Kerjasama Majlis Kebudayaan Negeri Johor & Majlis Teater Negeri Johor)

  1. Pementasan Teater “Ada Dendam Dalam Diam (ADDD) (Disember 2014)
(Dengan Kerjasama Syarikat Produksi Kuala Lumpur)

Kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan atau Syarikat koperat yang ingin menyumbang atau berkerjasama dengan KESUMA-i bolehlah menghubungi En Mohd Razif HJ. Adnan iaitu Pengerusi KESUMA-i ditalian 016-7949059 /07-5572765 atau Othman Ahmad iaitu Setiausaha KESUMA-i ditalian 012-7048224 

Wednesday, October 9, 2013

UNIT KOMPANG KESUMA-i

Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru telah memperkenalkan satu lagi aktiviti dan menubuhkan Unit Kompang Kesuma-i secara rasmi pada 29 Sept 2013 (Mesyuarat Pertama). Untuk makluman semua, Unit Kompang KESUMA-i telah menjalankan latihan pada setiap hari Selasa dan Sabtu bermula dari Jam 8.30 - 9.30 malam dengan dianggotai oleh dua (2) kategori umur iaitu 14 Tahun hingga 17 Tahun dan 8 Tahun hingga 14 Tahun. Ahli Jawatankuasa Unit Kompang KESUMA-i adalah sepertimana berikut:- 

Ketua Unit Kompang : Puan Sahfeyah binti Hj. Sunok
Setiausaha : Encik Mohd Adib bin Mohd Razif 
Penolong Setiausaha : Encik Mohd Danial bin Mohd Razif 
Bendahari : Cik Nur Amalina binti Mohd Razif 
AJK : Encik Mohd Hidhir bin Mohd Razif dan Encik Mohd Illyasa bin Mohd Razif, Muhd Shahid bin Shahriman, Muhammad Aziq bin Ismail,  Hazim Azizi bin Azi Azuwa 

Untuk tempahan dan Keterangan lanjut sila hubungi Puan Sahfeyah di Talian: 017-780 0738 / 07-5572762

Monday, October 7, 2013

PROGRAM SENANDUNG MUAFAKAT BUBUR LAMBUK (RAKAN MUDA RAMADHAN)

Ahli Kesuma-I Cik Rosita Mohd Anim & Cik Juliana Mohd Anim telah dijemput untuk memeriahkan Program Senandung Muafakat Bubur Lambuk yang diadakan pada 27hb Julai 2013 yang lalu. Program tersebut diadakan di Surau Darul Akhirat Rumah Pangsa Larkin yang Dirasmikan oleh YB Adam Sumiru.

Sunday, October 6, 2013

Latihan unit kompang Teater Kesuma-i pada 21hb September 2013

Info dari AJK Kesuma-I (Yanee)

Unit kompang KESUMA-I

Pada 21hb September 2013, Persatuan Kesuma-I telah memperkenalkan Unit Kompang yang diterajui oleh Puan Safiah & Bendahari unit Cik Nur Amalina. Latihan diadakan setiap hari sabtu(malam) di Taman Tun Aminah. - AJK Kesuma-I (Yanee)

Friday, January 18, 2013

UCAPAN TAKZIAH ATAS PEMERGIAN SAUDARA ZAMRI BIN PANGAT

Sekalian Pegawai dan Jawatankuasa serta Ahli-Ahli Persatuan Teater KESUMA-i mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham saudara Zamri bin Pangat yang telah kembali ke Rahmatullah pada 16 Januari 2012, Allahyarham telah meninggal dunia pada pukul 8.25 pagi di Hospital Besar Sultanah Aminah Johor Bahru (HSA) setelah seminggu dimasukkan ke hospital kerana mengidap Barah Usus. Allahyarham Zamri Pangat merupakan rakan yang sama-sama bergiat bersama Angkatan Seri Johor (ASJ) pada tahun 1995 di Taman Seni Budaya, beliau juga merupakan orang yang bersama-sama menubuhkan Persatuan Penaja Teater KESUMA-i Johor Bahru, hasil usaha dan jasa beliau yang berdidikasi dan tinggi semangatnya dalam menjalankan kerja-kerja produksi bersama ketika hayatnya sangat dikagumi, segala jasa, kebaikan,dan komitmen Allahyarham akan sentiasa kami ingati. Semoga Allah mencucuri Rahmat keatas Rohnya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh, Al-Fatihah. amin

Saturday, December 15, 2012

EXPO KARNIVAL SUNGAI SKUDAI 2012 ANJURAN JPS

Persatuan Teater KESUMA-i telah diundang oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor (JPS) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor (JKKN Johor) bagi menjayakan program Expo Karnival Sungai Skudai 2012 pada 13 -14 Disember 2012 bertempat di Persisiran Sungai Skudai, Taman Tampoi Utama Johor Bahru, KESUMA-i telah berjaya mempamerkan persembahan berkonsepkan DEKON (Deklamasi dan Lakon)dan persembahan MESTAMU (Melagukan Sajak tanpa Lagu)melalui sajak berkaitan sungai, melalui persembahan pocket yang telah diadakan sebanyak empat (4) kali ini, kebanyakan penonton telah memberikan reaksi positif terhadap tanggapan mereka kepada Puisi Tradisional dan Puisi Moden, persembahan ini juga memberikan ruang serta peluang kepada penonton untuk turut sama mendeklamasikan puisi bersama ahli-ahli KESUMA-i yang lain, melalui persembahan ini sedikit sebanyak telah mendidik masyarakat untuk mengenali dan memahami apa itu sajak dan puisi tradisional, disamping memberikan mereka pemahaman untuk memelihara sungai Johor agar terus dibelihara dan bersih untuk generasi akan datang. Pujian harus diberikan kepada SMK Taman Universiti 1 kerana penglibatan mereka dalam program ini untuk berkolaborasi bersama KESUMA-i, antara Pendeklamator yang terlibat ialah: 1. Puan Sahfeyah Hj. Sunok - DEKON 2. Encik Zulkiflee Abdul Majid - DEKON dan MESTAMU 3. Encik Mohd Hidayat Mohd Nor - Sajak Kreatif 4. Encik Mohd Afiq Abd. Samad - Lagu Puisi 5. Encik Azmi Ahmad - DEKON Turut bersama 1. Encik Mohd Razif Hj. Adnan _ Deklamasi Sajak 2. Encik Othman Ahmad - Deklamasi Sajak terima kasih diucapkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor kerana memilih Persatuan kami menjayakan program ini, terima kasih daun keladi.

Monday, November 12, 2012

TEATER NONA SANTUN

Persatuan Teater KESUMA-I Johor Bahru sekali lagi telah mementaskan sebuah pementasan teater bertajuk Nona Santun pada 9 -10 November 2012 bertempat di Balai Seminar DBP wilayah Selatan, Larkin Perdana, Johor Bahru sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2012, Peringkat Negeri Johor anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan dengan kerjasama Persatuan Teater KESUMA-I Johor Bahru dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor (JKKN Johor). Nona Santun karya Rahimah Muda ini mengangkat isu Bahasa dan budaya dikalangan bangsa asing mengenai budaya melayu sekaligus dapat mengenali sesuatu bangsa dengan bahasa sekali. Pengerusi KESUMA-i Mohd Razif Adnan berkata “produksi teater ini telah berjaya mengabungkan sebanyak tujuh badan iaitu Majlis Kebudayaan Negeri Johor (MTNJ), Majlis Teater (MTN) Johor, Univerisiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bandaraya Johor Bahru, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 1, Persatuan Kesenian Mahligai Pasir Gudang @ Mahligai Seni dan Grup Inspirasi Unik” menurut beliau “para pelakon dan tenaga produksi merupakan gabungan lama dan baru melalui pemilihan ahli-ahli KESUMA-i yang mengikuti program Khemah Kerja Teater Sepanjang Tahun 2011/2012 dan Program Semarak Aktiviti Seni Teater Peringkat Negeri Johor anjuran MTN Johor dan MKNJ yang dikendalikan oleh KESUMA-i. Mohd Razif Adnan juga berkata “pementasan kali ini tidak seperti pementasan yang pernah KESUMA-i dan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan pernah laksanakan kerana ianya dibuat di dalam skala kecil dengan keluasan Balai Seminar DBP Wilayah Selatan yang terhad, namun penyertaan seramai 35 orang karyawan dan tenaga produksi dapat memberikan kelainan dalam pementasan ini, kami amat bersyukur kerana diberikan kepercayaan sepenuhnya oleh Encik Rusdi Abd Rahman, Pegawai Perancang Bahasa DBP Wilayah Selatan selaku orang yang bertanggungjawab memberikan peluang kepada KESUMA-i untuk mementaskan teater ini. peluang yang diberikan oleh DBPWS digunakan sebaik mungkin untuk menghasilkan teater bermutu dan berilmu dan ternyata teater Nona Santun dapat dijayakan dengan berkesan sekali dan mendapat komen positif dari pihak DBPWS dan penonton yang hadir, kita sentiasa mencari kelainan dalam berkarya dan olahan lakonan dilakukan dengan penuh teliti supaya penonton jelas dan faham dengan apa yang akan kami persembahkan, Alhamdulillah ianya diterima oleh semua orang”. Othman Ahmad selaku Pengarah teater Nona Santun pula berkata “agak rumit juga pada proses awal latihan teater dari segi kupasan skrip dan kehendak permainan lakon namun begitu hasil daripada perbincangan dengan para karyawan dan latihan yang diberikan kepada para pelakon maka saya dan Pengerusi KESUMA-i bersama-sama semua pelakon terlibat telah mengambil keputusan untuk mengangkat isu demi isu dalam setiap babak melalui latihan yang telah dijalankan sejak sebulan setengah yang lalu dan ianya membuahkan hasil yang baik daripada semua pihak. Saya sangat terharu kerana sambutan hangat penonton yang hadir pada ketiga-tiga pementasan kerana memberikan reaksi positif dengan hasil kerja kami dan ini merupakan suatu pencapaian yang cukup baik hasil kerjasama semua pihak dan saya amat bersyukur”. Garapan pelakon-pelakon dilihat mantap, bagi menghidupkan mood lakonan dan mengangkat babak demi babak dengan baik sekali dan menarik dari segi penyampaian karektor dan dialog. Antara babak menarik ialah penampilan identiti setiap watak dihiasi dengan lagu tema masing-masing, ditambah pula dengan babak komidi berkaitan kefahaman mereka di dalam menguasai bahasa Melayu, terhibur dengan babak Kartika (anak duta Indonesia) ketika pengeluarkan perkataan ‘Gampang’ lalu disalah ertikan makna itu oleh Din Murai, begitu juga babak diantara Lars Hansenn (warga Denmark) yang memujuk Kartika ketika sedang bersedih, lalu cuba mententeramkan Kartika dengan memeluknya lalu dihalang oleh Ahmed dan Ainol Hassanal yang melihat perbuatan itu tidak manis bagi orang Timur, antara babak paling menarik adalah ketika Mei Mei tidak dapat meneruskan hubungan dengan Ahmed Iqram kerana terlalu jauh perbezaan adat budaya dan percakapan lalu mengambil keputusan untuk berpisah, kedua-dua pelakon dapat menghayatinya dengan menarik sekali dan penuh dengan gelak ketawa penonton. Lagu-lagu ciptaan Haji Mohd Anim Suleiman yang di nyanyikan oleh Rosita Mohd Anim, Juliana Mohd Anim dan Nurul Izzah Abdul Majid juga amat sesuai dengan jalan cerita ini. Penonton seolah-olah terbuai dengan alunan lagu dan jalan ceritanya. Peranan pelakon korus juga amat menarik kerana dilihat seperti extra turn yang sering terdapat di dalam pementasan bangsawan tetapi mempunyai kelainan tersendiri kerana ianya digarap dengan sangat menarik dimana peranan mereka ketika menukar set dengan koreografi yang disusun kemas dan sangat unik, begitu juga ketika mereka menarikan lagu Bahasa Jiwa Bangsa. Para pelakon yang menjayakan teater Nona Santun terdiri dari Shainaz Ramli (Nona Aziah), Azmi Ahmad (Ainol Hasanal), Norisimah Mohd Salleh (Ibu), Othman Ahmad (Ayah), Izyanee Mohd Nasir (Mei Mei), Mohd Hidayat Mohd Nor (Ahmed Iqram), Norazmi Hj. Bahron (Din Murai), Norazah Abdul Aziz (Kartika), Azliza A Allah@Abdullah (Angie) dan Zulkifle Abdul Majid (Lars Hansenn). Nona Santun karya Rahimah Muda berlatarkan tahun 1970-an,mengisahkan Aziah keluar dari kepompong pemikiran masyarakat yang menolak penglibatan perempuan dalam pembangunan sosial. Aziah mengikut pakciknya, Ainol Hasanal ke Johor Bahru lalu bertugas sebagai tenaga pengajar kepada sesiapa yang mahu belajar bahasa Melayu. Maka, Sekolah persendirian Ainol didatangi pelbagai golongan bangsa untuk belajar tentang jiwa Melayu dan Malaysia. Antara yang datang ialah pegawai kedutaan, kelasi kapal, pelayar, saudagar, anak-anak orang kenamaan dari luar Negara dan anak Malaysia yang telah lama belajar di luar negara. Walaupun pelbagai kesukaran terpaksa dihadapi oleh Nona Aziah dan Ainol Hasanal namun mereka sentiasa tabah berusaha memantapkan penggunaan bahasa dan elemen budaya Malaysia dalam pengajarannya kerana apa yang dilakukannya itu bukan sahaja membantu orang yang dahaga ilmu malah itulah perjuangan mereka dalam menegak jiwa bangsa dan memartabatkan maruah bangsa

Monday, November 5, 2012

FESTIVAL KESENIAN PBSB ANJURAN JKKN JOHOR

Encik Mohd Razif bin Hj. Adnan (Pengerusi)dan Encik Othman Ahmad (Setiausaha) telah dilantik sebagai Fasilitator Festival Kesenian Program Bimbingan Seni dan Budaya Peringkat Negeri Johor pada 2 – 3 November 2012 bertempat di dataran Penggaram Batu Pahat, bidang Teater telah diberikan kepercayaan pada kali ini sebagai persembahan utama dengan membawa skrip Prakata matinya Seorang Pahlawan melalui idea dan perbincangan Tuan Pengerusi dan Setiausaha dengan melibatkan SMK Senai (mengantikan KESUMA-i) dan SMK Skudai Johor Bahru sebagai pelakon dan narratornya. Sesi Pengenalan Teater telah diadakan pada 2 November 2012 jam 3.30 petang bertempat di Hotel Novo Batu Pahat dengan melibatkan 10 Kumpulan dan sesi pembelajaran yang diajar oleh Tuan pengerusi melalui kaedah Relaxation telah mendapat feedback positif dari semua peserta, kemudian pada malamnya sesi Gabungan semua kumpulan penari, penyanyi dan pelakon di satukan sebelum pementasan sebenarnya pada 3 November 2012, persembahan tersebut telah mendapat pujian dari Pengarah JKKN Johor dan tetamu yang hadir pada malam tersebut, berjaya juga dengan idea dan rangka serta floor cerita yang disumbangkan oleh Tuan Pengerusi dan Setiausaha KESUMA-i melalui program ini, Syukur Alhamdulillah dan terima kasih JKKN Johor.

DRAMA RADIO "BINTANG BULAN TANJUNG PUTERI"

Dua (2) orang ahli KESUMA-I iaitu Puan Norisimah Mohd Salleh dan Cik Azliza Abdullah telah diundang oleh Saudara Zamri dari Inspirasi Unik bagi menjalani rakaman Radio berjudul "Bintang Bulan Tanjung Puteri" bagi siaran 101.9 Johor FM, dan rakaman tersebut telah ke udara diradio pada 2 Nov 2012 jam 5.00 petang. Tahniah diucapkan.

Monday, October 29, 2012

PROGRAM SEMBANG SANTAI BELAKANG PENTAS ANJURAN JKKN MALAYSIA

Program Sembang Santai Belakang Pentas telah diadakan pada 27 Oktober 2012 (Sabtu) di Restoran Salsabila, Larkin Johor Bahru dengan kehadiran ahli KESUMA-i iaitu Tuan Pengerusi, Setiausaha, En Mohd Hidayat, Cik Azliza, En Zulkifle Majid, Encik Amir Mustaqim, serta lain-lain. Antara matlamat program ini ialah membincangkan tentang kerja-kerja krew petugas dan peluang-peluang kerjaya yang ditawarkan oleh JKKN melalui program-program yang akan dikendalikan.

Friday, October 26, 2012

LAWATAN KE TAMAN BUDAYA SABAH ANJURAN MKN JOHOR

Lawatan Kerja Majlis Kebudayaan Negeri Johor bagi melawat Taman Budaya Sabah telah diadakan pada tarikh 22 - 24 Oktober 2012, disertai oleh YB. Puan Hajjah Asiah binti MD. Ariff, Yang DiPertua Majlis Kebudyaaan Negeri dan AJK MKN Johor yang lain. Tuan Pengerusi KESUMA-i merangkap Setiausaha MTN Johor dan Ahli Jawatankuasa MKN Johor dan Encik Setiausaha KESUMA-I merangkap TYDP MTN Johor dan Pemeriksa Kira-Kira 2 MKN Johor serta Encik Mohd Hidayat Mohd Nor selaku Setiausaha Kerja MKN Johor telah terpilih menyertai delegasi tersebut. Lawatan tersebut bertujuan meninjau hasil rekabentuk bangunan dan pengisian yang terdapat di dalam Taman Budaya Sabah bagi persiapan pembinaan Taman Budaya Johor di masa akan datang.

Monday, October 22, 2012

PERLANTIKAN PENGERUSI KESUMA-i SEBAGAI FASILITATOR JSBN TAHAP 2 - TEATER

Persatuan Teater Kesuma-i Johor Bahru mengucapkan ribuan terima kepada JKKN Malaysia kerana melantik Pengerusi KESUMA-i sebagai Fasilitator bagi Kursus Jurulatih Seni Budaya Negara Tahap 2 di Sarawak bertarikh 16 - 18 Okt 2012, Setinggi-tinggi penghargaan kami kepada Encik Amran dan Haris Langat Zakaria sekelian pegawai yang sentiasa memberikan layanan terbaik kepada Tuan Pengerusi sebagai Fasilitator JSBN dan Peserta sepanjang kursus berlangsung.

Monday, September 17, 2012

PEMILIHAN JAWATANKUASA MKN JOHOR 2012/2014

Mesyuarat Agung Majlis Kebudayaan Negeri Johor kali ke-22 telah diadakan pada 13 September 2012 (Khamis) bertempat di M.Suites Hotel Johor Bahru dan telah melantik jawatankuasa baru bagi tahun 2012/ 2014, untuk makluman semua, Tuan Pengerusi KESUMA-i merangkap Setiausaha Majlis Teater Negeri (MTN) Johor dan Ahli Jawatankuasa MKNJ dan Yang Dipertua MTN Johor telah terpilih sekali lagi sebagai AJK MKNJ, manakala Encik Othman Ahmad Setiausha KESUMA-i merangkap Penolong Setiausha MTN Johor telah dilantik sebagai Pemeriksa Kira-Kira 2 MKNJ bagi tahu 2012/2014, tahniah diucapkan.

Thursday, September 6, 2012

DILANTIK SEBAGAI JURI SEMPENA HARI POTENSI KANAK-KANAK KEMAS

Sempena Hari Potensi Kanak-kanak Tabika KEMAS Kawasan Gelang Patah telah diadakan pada 4 September 2012 (Selasa) bertempat Dewan MPJBT Johor Bahru, Tuan Pengerusi KESUMA-i telah diberikan kepercayaan bagi menjadi Ketua Juri disamping turut melantik Encik Setiausaha, Encik Norazmi Hj Bahron, Encik Azmi Ahmad dan En Muhd Faiz di dalam Pertandingan Tarian Rampai, Teater, Boneka Tangan (3 Orang) Kompang serta Genderang (2 Orang)

Saturday, September 1, 2012

PERSEMBAHAN 5 PUTERA MERDEKA" SEMPENA PROGRAM AMBANG MERDEKA DAERAH JOHOR BAHRU 2012

Persembahan DEKON "5 Putera Merdeka" oleh Persatuan Teater Kesuma-i Johor Bahru dengan Gabungan kerjasama Grup Inspirasi Unik dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Univerisiti 1 untuk program Sambutan MALAM AMBANG KEMERDEKAAN KE-55 TAHUN 2012, DAERAH JOHOR BAHRU pada 30 Ogos 2012 jam 11.00 mlm bertempat di Danga Bay Beach Club. Tuan Haji Farizal (MPJBT) selaku Timbalan Pengerusi MKD Johor Bahru telah memberikan kepercayaan kepada KESUMA-I untuk mengadakan persembahan DEKON melalui perbincangan dengan Tuan Pengerusi dan Encik Setiausaha telah dilantik sebagai Pengarah dalam Persembahan ini, Turut terlibat berkolaborasi dengan KESUMA-i dalam persembahan DEKON ini ialah MKN Johor, MTN Johor, SMK Taman Univesiti 1, Persatuan Mahligai Seni dan Gurp Inspirasi Unik.

Monday, July 23, 2012

KESUMA-i MENYERTAI DIALOG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN

Dialog Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan Bersama Badan-Badan Bukan Kerajaan (NOG) di Johor pada 17 Julai 2012 (Selasa) bertempat di Dewan Inderaputera Pulai Spring Resort, Pulai Johor Bahru telah dihadiri oleh Tuan Pengerusi dan Setiausaha, program berdasarkan pemantauan dan sesi soal jawab berkaitan salah laku terhadap pegawai penguatkuasa atau agensi penguatkuasaan Persekutuan yang merupakan penegak undang-undang serta mengadakan makenisme bagi mengesan dan mencegah salah laku mana-mana pegawai penguatkuasaan.

JSBN - SENI BERBAHASA

Kursus Jurulatih Seni Budaya Negara – Seni berbahasa telah diadakan pada 9 – 14 Julai 2012 dan KESUMA-I telah diwakili oleh Encik Norazmi bin Hj. Bahron dan En. Mohd Hidayat bin Mohd Nor dan telah mendapat keputusan cemerlang di dalam kursus tersebut. Syabas dan tahniah diucapkan.

Monday, July 2, 2012

BENGKEL SEMARAK AKTIVITI TEATER DAERAH JOHOR BAHRU

Bengkel dan Seminar Semarak Aktiviti Teater Daerah Johor Bahru anjuran Majlis Kebudayaan Negeri Johor dan Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru dengan kerjasama Majlis Teater Negeri Johor dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Johor telahpun berjaya diadakan pada 1 Julai 2012 (Ahad) bertempat di Hotel Seri Malaysia Johor Bahru dengan melibatkan seramai 8 orang Jurulatih KESUMA-i dengan penyertaan sebanyak 9 buah sekolah dan sebuah IPTA, melalui bengkel dan seminar ini KESUMA-i memilih sajak-sajak terpilih yang dipersetujui semasa bengkel T.O.T yang dibuat selama 3 kali pertemuan. Ketua Fasilitor bagi program ini ialah Encik Mohd Razif bin Hj. Adnan (pengerusi KESUMA-i) Antara Jurulatih KESUMA-i yang mengendalikan Bengkel ialah : 1. Othman Ahmad 2. Rosita Haji Mohd Anim 3. Norisimah Salleh 4. Azliza A Allah @ Abdullah (Jurulatih Pembantu) 5. Izyanee Mohd Nasir (Jurulatih Pembantu) Antara Penceramah yang diundang ialah: 1. Encik Baharudin Bahrin bin Ramli (JKKN Johor), 2. Tuan Haji Dzul Zarnain Asmawi (YWJ), 3. En Mohd Hidayat Mohd Nor (MKNJ) dan 4. Tuan Haji Meraj@ Mohamed bin Hj. A. Jalal-YDP MTN Johor (selaku Pengerusi Panel).

Monday, May 28, 2012

PROGRAM BENGKEL PEMANTAPAN BADAN BUKAN KERAJAAN ANJURAN JKKN JOHOR

Program Bengkel Pemantapan Badan Bukan Kerajaan (Seni Budaya) telah diadakan pada 19 – 20 Mei 2012 bertempat di Air Papan Resort dan KESUMA-i telah menghantar wakil iaitu Encik Norazmi bin Hj. Bahron, melalui bengkel tersebut juga atas kehadiran KESUMA-i maka Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Johor berbesar hati memberikan bantuan kebudayaan sebanyak RM500.00 atas komitmen dan kesunggguhan yang ditunjukkan oleh Ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli KESUMA-i, syabas dan tahniah diucapkan.

PERTANDINGAN TEATER BAHASA MALAYSIA UNTUK SEKOLAH-SEKOLAH TAMIL

Pada 19 Mei 2012, Setiausaha telah diundang bagi membantu SJK (T) Masai untuk menyertai Pertandingan Teater Bahasa Malaysia Untuk Sekolah-Sekolah Tamil Peringkat Kebangsaan dan dilantik sebagai Jurulatih dan Make up artis, dalam pertandingan tersebut SJK (T) Masai telah terpilih sebagai Juara keseluruhan dan sekaligus Negeri Johor telah berjaya merangkul Tempat Pertama dan Kedua di dalam pertandingan tersebut. SYABAS DAN TAHNIAH

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA AHLI KESUMA-i

Dikesempatan ini juga Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru mengucapkan selamat Pengantin Baru kepada Puan Norishimah Mohd Salleh dan Puan Mahsuri Tahir serta adik kepada Ahli KESUMA-I iaitu Adik Cik Izyanee Mohd Nasir kerana telah selamat mengadakan majlis perkahwinan, didoakan semoga kekal hingga ke anak cucu. Amin.

Tuesday, May 1, 2012

BENGKEL BANGSAWAN ANJURAN JKKN

JKKN JOHOR akan anjur Bengkel Penulisan BANGSAWAN di Pulau Tioman - Mersing/Pahang pd 18-20/05/2012 dan NGO Seni Budaya di Tanjung Balau - Kota Tinggi, Johor pd 19-20/05/2012 - sila hubungi ENCIK YUSOF SEGERA JIKA MENJADI KEPERLUAN TUAN TUAN.... silakan ya... terima kasih.

Monday, April 23, 2012

PERTEMUAN NGO'S DAN GOTONG-ROYONG

Persatuan Teater KESUMA-i telah menghantar 3 orang wakil iaitu Cik Rosita Mohd Anim, En Norazmi Bahron dan Cik Juliana Mohd Anim bagi menghadiri MAJLIS / PERTEMUAN NGO & GOTONG ROYONG anjuran JKKN JOHOR pada 22/4/2012 (Ahad) di RUMAH SERI KENANGAN, Larkin, Johor Bahru. Tahniah diucapkan atas keperihatinan Persatuan KESUMA-I di dalam kerja-kerja kemanusiaan ini.

Wednesday, April 11, 2012

KULIAH BUDAYA JKKN JOHOR

KULIAH BUDAYA anjuran anjuran JKKN Johor pada 10 April 2012 (selasa) jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari bertempat di HOTEL SURIA JOHOR BAHRU Mohd Afiq Abd Samad telah terpilih bagi mewakili Persatuan ke program tersebut.

ISKANDAR MALAYSIA CITY FORUM 2012

Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru telah dijemput untuk menghadiri ISKANDAR MALAYSIA CITY FORUM 2012 pada 10 April 2012 jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Kencana Puri, Pulai Spring Resort, 20KM, Jalan Pontian Lama 81100 Johor Bahru, program ini telah dihadiri oleh Tuan Pengerusi dan Puan Timbalan Pengerusi, antara forum utama program ini adalah untuk menilai Tahap Perkhidmatan Infrasturktor dan persepsi kemajuan pembangunan Iskandar Malaysia dengan mensasarkan kumpulan NGO's, Persatuan Penduduk, JKKK dan sebagainya.

Tuesday, April 10, 2012

PERTANDINGAN TEATER SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH KULAI JAYA

Tuan Pengerusi dan Puan Timbalan Pengerusi telah dijemput sebagai Panel Penilai bagi program Karnival Pertandingan Teater Sek-sek Menengah Daerah Kulai Jaya bertempat di Sek. Men. Senai pada 9 April 2012, dan melalui pertandingan tersebut SMK Senai telah terpilih sebagai Juara. Syabas dan ahniah diucapkan.

Sunday, April 1, 2012

PEMILIHAN AJK MAJLIS KEBUDAYAAN DAERAH JOHOR BAHRU 2012/2014

Mesyuarat agung MKD JB telah diadakan pada 31 mac 2012 hadir Tuan Pengerusi, Puan Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Cik Bendahari dan Ucapan Tahniah kerana Tuan Pengerusi KESUMA-i telah terpilih sekali lagi sebagai Jawatankuasa MKD JB bagi Tahun 2012 / 2014. Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru telah dijemput untuk menghadiri ISKANDAR MALAYSIA CITY FORUM 2012 pada 10 April 2012 jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Kencana Puri, Pulai Spring Resort, 20KM, Jalan Pontian Lama 81100 Johor Bahru, program ini telah dihadiri oleh Tuan Pengerusi dan Puan Timbalan Pengerusi, antara forum utama program ini adalah untuk menilai Tahap Perkhidmatan Infrasturktor dan persepsi kemajuan pembangunan Iskandar Malaysia dengan mensasarkan kumpulan NGO's, Persatuan Penduduk, JKKK dan sebagainya. Tuan Pengerusi dan Puan Timbalan Pengerusi telah dijemput sebagai Panel Penilai bagi program Karnival Pertandingan Teater Sek-sek Menengah Daerah Kulai Jaya bertempat di Sek. Men. Senai pada 9 April 2012, dan melalui pertandingan tersebut SMK Senai telah terpilih sebagai Juara. Syabas dan ahniah diucapkan. KULIAH BUDAYA anjuran anjuran JKKN Johor pada 10 April 2012 (selasa) jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari bertempat di HOTEL SURIA JOHOR BAHRU Mohd Afiq Abd Samad telah terpilih bagi mewakili Persatuan ke program tersebut. Mesy AJK Pertama MKD Johor Bahru telahpun diadakan pada 19 April 2012 - Khamis @ Bilik Gerakan Pejabat Daerah JB - Jam 2.30pm - Persatuan. Diwakili oleh Tuan Pengerusi ke Mesyaurat tersebut. Persatuan Teater KESUMA-i telah menghantar 3 orang wakil iaitu Cik Rosita Mohd Anim, En Norazmi Bahron dan Cik Juliana Mohd Anim bagi menghadiri MAJLIS / PERTEMUAN NGO & GOTONG ROYONG anjuran JKKN JOHOR pada 22/4/2012 (Ahad) di RUMAH SERI KENANGAN, Larkin, Johor Bahru. Tahniah diucapkan atas keperihatinan Persatuan KESUMA-I di dalam kerja-kerja kemanusiaan ini. JKKN JOHOR akan anjur Bengkel Penulisan BANGSAWAN di Pulau Tioman - Mersing/Pahang pd 18-20/05/2012 dan NGO Seni Budaya di Tanjung Balau - Kota Tinggi, Johor pd 19-20/05/2012 - sila hubungi ENCIK YUSOF SEGERA JIKA MENJADI KEPERLUAN TUAN TUAN.... silakan ya... terima kasih. Dikesempatan ini juga Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru mengucapkan selamat Pengantin Baru kepada Puan Norishimah Mohd Salleh dan Puan Mahsuri Tahir serta adik kepada Ahli KESUMA-I iaitu Adik Cik Izyanee Mohd Nasir kerana telah selamat mengadakan majlis perkahwinan, didoakan semoga kekal hingga ke anak cucu. Amin.

Monday, March 19, 2012

KONVENSYEN WARISAN MELAYU

KONVENSYEN WARISAN MELAYU JOHOR pada 17 Mac 2012 – bertempat di M-Suit Hotel bermula 2.00 petang dengan diwakili oleh Tuan Pengerusi dan Puan Timbalan Pengerusi. Mesyuarat agung MKD JB telah diadakan pada 31 mac 2012 hadir Tuan Pengerusi, Puan Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Cik Bendahari dan Ucapan Tahniah kerana Tuan Pengerusi KESUMA-i telah terpilih sekali lagi sebagai Jawatankuasa MKD JB bagi Tahun 2012 / 2014. Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru telah dijemput untuk menghadiri ISKANDAR MALAYSIA CITY FORUM 2012 pada 10 April 2012 jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Kencana Puri, Pulai Spring Resort, 20KM, Jalan Pontian Lama 81100 Johor Bahru, program ini telah dihadiri oleh Tuan Pengerusi dan Puan Timbalan Pengerusi, antara forum utama program ini adalah untuk menilai Tahap Perkhidmatan Infrasturktor dan persepsi kemajuan pembangunan Iskandar Malaysia dengan mensasarkan kumpulan NGO's, Persatuan Penduduk, JKKK dan sebagainya. Tuan Pengerusi dan Puan Timbalan Pengerusi telah dijemput sebagai Panel Penilai bagi program Karnival Pertandingan Teater Sek-sek Menengah Daerah Kulai Jaya bertempat di Sek. Men. Senai pada 9 April 2012, dan melalui pertandingan tersebut SMK Senai telah terpilih sebagai Juara. Syabas dan ahniah diucapkan. KULIAH BUDAYA anjuran anjuran JKKN Johor pada 10 April 2012 (selasa) jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari bertempat di HOTEL SURIA JOHOR BAHRU Mohd Afiq Abd Samad telah terpilih bagi mewakili Persatuan ke program tersebut. Mesy AJK Pertama MKD Johor Bahru telahpun diadakan pada 19 April 2012 - Khamis @ Bilik Gerakan Pejabat Daerah JB - Jam 2.30pm - Persatuan. Diwakili oleh Tuan Pengerusi ke Mesyaurat tersebut. Persatuan Teater KESUMA-i telah menghantar 3 orang wakil iaitu Cik Rosita Mohd Anim, En Norazmi Bahron dan Cik Juliana Mohd Anim bagi menghadiri MAJLIS / PERTEMUAN NGO & GOTONG ROYONG anjuran JKKN JOHOR pada 22/4/2012 (Ahad) di RUMAH SERI KENANGAN, Larkin, Johor Bahru. Tahniah diucapkan atas keperihatinan Persatuan KESUMA-I di dalam kerja-kerja kemanusiaan ini. JKKN JOHOR akan anjur Bengkel Penulisan BANGSAWAN di Pulau Tioman - Mersing/Pahang pd 18-20/05/2012 dan NGO Seni Budaya di Tanjung Balau - Kota Tinggi, Johor pd 19-20/05/2012 - sila hubungi ENCIK YUSOF SEGERA JIKA MENJADI KEPERLUAN TUAN TUAN.... silakan ya... terima kasih. Dikesempatan ini juga Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru mengucapkan selamat Pengantin Baru kepada Puan Norishimah Mohd Salleh dan Puan Mahsuri Tahir serta adik kepada Ahli KESUMA-I iaitu Adik Cik Izyanee Mohd Nasir kerana telah selamat mengadakan majlis perkahwinan, didoakan semoga kekal hingga ke anak cucu. Amin.

Thursday, March 15, 2012

LATIHAN T.O.T BABAK 3 FREGMAN UDA DAN DARA SERTA SAJAK GADIS DIKUBURAN

BENGKEL GERAK KREATIF (TOT) THP 2 :
di jemput semua ahli hadir dan terutama JURULATIH dan JURULATIH PEMBANTU pada 15/3/2012 (Khamis @ 9mlm) bertempat di DEWAN TERBUKA, Pejbt. Daerah JB. Kepada AJK yang terlupa untuk hadir diharap dapatlah menonjolkan diri pada kali ini dan MALAM INI KITA AKAN BERLATIH BERLAKON UDA DAN DARA - kepada sekalian ahli sila hafal catitan dialog tempoh hari dan bagi ahli yang belum berkesempatan melakukan salinan dialog, maka malam ini masih sempat lagi ya

Wednesday, March 14, 2012

MENYERTAI KARNIVAL KESIHATAN 1 MALAYSIA

Karnival kesihatan 1 Malaysia, anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Keceriaan Penduduk Pangsapuri panti, pada 11 Mac 2012 bertempat di Pangsapuri panti Bandar Baru UDA Johor Bahru dan KESUMA-i telah dijemput mengadakan Senam Seni Malaysia dengan diwakili oleh Puan Sahfeyah, Cik Rosita dan Othman serta Tuan Pengerusi turut hadir pada pagi tersebut.

Monday, March 5, 2012

PROGRAM MERAKYATKAN SENI

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Johor dengan kerjasama Damansara Assets Sdn, Bhd telah mengadakan Program Merakyatkan Seni Budaya Komuniti 1 Malaysia di aras 2, Pasar Awam Larkin, Larkin Sentral pd 4 March (Ahad) bertempat di Pasar Awam, Larkin Sentral. Majlis perasmian program PMS ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Utama Haji Shahrir bin Haji Abdul Samad Ahli Parlimen Johor Bahru., pada pertemuan KESUMA-i telahpun mendapat bantuan kebudayaan di atas keaktifan dan tersenarai persatuan Paling Aktif, syabas dan tahniah diucapkan kepada Tuan Pengerusi En. Mohd Razif Hj.Adnan, sekalian pegawai-pegawai, ahli jawatankuasan dan ahli-ahli KESUMA-i yang telahpun membantu usaha murni demi memartabatkan kesenian teater di Negeri Johor.

PROGRAM MERKAYATKAN SENI

10 orang wakil persatuan iaitu KESUMA-i telah dijemput oleh JKKN Johor sempena program Program Merakyatkan Seni anjuran JKKN Johor bertempat di 4 Mac 2012 bertempat di Larkin Sentral, Johor Bahru jam 5.00 Petang dan didalam program itu juga KESUMA-I telah menerima Bantuan Kebudayaan sebanyak RM 500.00 yang disampaikan oleh YB. Tan Sri Haji Shahrir bin Samad Ahli Parlimen Johor Bahru.

SENAM SENI SATU MALAYSIA SEMPENA PROGRAM MERAKYATKAN SENI

4 orang wakil persatuan iaitu Puan Sahfeyah, Puan Norazah, Cik Rosita, Puan Norishimah telah mengetuai SENAMAN SENI 1 MALAYSIA atas jemputan JKKN Johor sempena program Program Merakyatkan Seni anjuran JKKN Johor bertempat di 4 Mac 2012 bertempat di Larkin Sentral, Johor Bahru jam 7.00 pagi.

Thursday, March 1, 2012

PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA PLKN SIRI 1/2012

Program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB) anjuran DBP KL dan JLKN ENCIK ZULKIFLE BIN HJ. ABD. MAJID selaku Ketua Fasilitator PPSB di Kem PTH Kluang yang telah memberi tawaran kepada s/u persatuan untuk turut serta di dalam program tersebut yang akan di adakan pada 27-28 feb 2012.

Tuesday, February 21, 2012

KURSUS JURULATIH ZAPIN ANJURAN MKN JOHOR BAHRU

KURSUS JURULATIH ZAPIN anjuran MKDJB pada 13-15 Feb 2012 di Kompleks Belia & Sukan JB dan diwakili daripada oleh dua Ahli KESUMA-i iaitu Setiasuaha & Mohd Afiq.

LAWATAN KE NEGERI SARAWAK

Majlis Kebudayaan Negeri Johor telahpun menganjurkan Lawatan Pertukaran Budaya ke Sarawak pada 17 hingga 19 Feb 2012 dengan disertai oleh Tuan Pengerusi dan Setiasusaha sebagai Ahli Jawatankuasan MKNJ dan MTN Johor sebagai Ahli Gabungan MKNJ seramai 80 orang karyawan dan ahli gabungan dan Jawatankuasa Majlis Kebudayaan Negeri Johor telah menyertai program ini. antara lawatan adalah ke Pusat Pentadbiran Negeri Sarawak dan beberapa tempat menarik di sana.

Wednesday, February 1, 2012

KHEMAH KERJA TEATER 2012

Pada Tarikh 3 Februari 2012, Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru menjemput semua yang berminat menyertai Program Khemah Kerja Teater 2012 bertempat di Bilik Koperasi Usahawan Pekan Rabu,Tingkat Bawah, Kompleks Pekan Rabu Johor Bahru, di dalam latihan malam ini kami akan mendedahkan kepada tuan tuan berkaitan teknik menghasilkan sebuah persembahan berdasarkan naskah puisi moden dengan adunan puisi tradisional bersama sama gerak kreatif dan perlambangan yang diselitkan irama halwa telinga melalui audio terpilih yang bersesuaian. Mudah mudahan usaha kami dapat dijayakan, amin..

sebarang pertanyaan sila hubungi:-

En. Mohd Razif bin Hj. Adnan (Pengerusi)- 016-7949059
Puan Sahfeyah binti Hj. Sunok (Timbalan Pengerusi) - 017-7800738
En. Othman bin Ahmad (Setiausaha) - 012-7048224
Cik Rosita binti Hj. Mohd Anim (Bendahari) - 017-7848858

Friday, January 27, 2012

Keputusan Perbincangan Oleh Ahli Jawatankuasa Pada 20 Januari 2012,

Kehadiran Ahli Jawatankuasa terdiri daripada 8 orang yang mempunyai status Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) dan Jurulatih Lantikan KESUMA-i.

Perbincangan berdasarkan post motem Prejudis Teater dan kesan daripada Pit Stop yang telah diadakan pada 15 Januari 2012 yang lalu.

1. Telah berjaya mendapatkan Penajaan berbentuk barangan dan Sokongan daripada 13 Penaja yang mempunyai perniagaannya di Kompleks Pekan Rabu Johor Bahru
berikut adalah senarai penaja tersebut:-

1. EN.MUHAMED ALI MOHAMED MUNJI - PENGURUS POWER IMPIAN
2. PUAN NURUL HUDA BINTI HAMID - PENGURUSNR’ CHOKIES
3. PUAN HAMIDAH BINTI YAACOB KHAN - PENGURUS LANGSIR
4. EN. ARIFFIN BIN HUSSIN - PENGURUS GAHARU CAFÉ
5. PUAN SHARIFAH ZAHRAH - PENGURUS INDUSTRI MAKANAN RINGAN MAS (IMRM)
6. TUAN HAJI OTHAMN BIN HJ. MD. SAID - PENGURUS MARQ HALWA
7. CIK ZAINUREEZA BINTI ZAINUDDIN – PENGURUS MUTIARA MANJA COSMETICS
8. PUAN HASNAH BANU BINTI IBRAHIM MUMMY AS GALLERY
9. EN. NOR AZLAN BIN KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA
10. PUAN HABIBAH BINTI A. HAMID - PENGERUSI PERSATUAN J. ROBIK NEGERI JOHOR
11. PUAN ERNI YUSNIZAR BINTI ABD SAMAD – KETUA IMIGRESEN, JABATAN IMIGRESEN CAWANGAN TAMPOI
12. KOPERASI USAHAWAN PEKAN RABU JOHOR BAHRU BERHAD
13. PERBADANAN USAHAWAN JOHOR BAHRU SDN. BHD.
14. JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA JOHOR

dan kami berterima kasih kepada Yayasan Warisan Johor yang telah menyumbang Peralatan Khemah dan Pentas bagi Program tersebut.

2. PUJB telah bersetuju untuk melantik KESUMA-i sebagai organizer yang akan mengendalikan tiap-tiap program Seni dan Budaya bagi tujuan promosi Kompleks Pekan Rabu Johor Bahru dari masa ke semasa, Syukur Alhamdulillah.

3. Bermula Bulan Februari (3 hari bulan), kami telah mendapat kebenaran untuk menjalankan bengkel Teater Sepanjang Tahun di Kompleks Pekan Rabu Johor Bahru di bawah persetujuan Pejabat Koperasi Usahawan Pekan Rabu Johor Bahru Berhad. Terima kasih daun keladi.

4. Sementara waktu pusat latihan KESUMA-i akan beroperasi di Kompleks Pekan Rabu Johor Bahru untuk tahun 2012 dan diharap kami juga dapat menjalankan aktiviti berteater di Anjung Seni, pejabat Daerah Johor Bahru apabila pihak pengurusan D.O selesai menyediakan kelengkapan letrik disana, harap-harap tahun inilah..kesian kita.

5. Kami juga akan membuat sebaran am mengenai kegiatan kami di media-media cetak dan Media Eletronik seperti Harian Metro, Berita Harian, News Straits Times Press, The Star dan lain-lain serta tidak lupakan kami akan meng email kan maklumat ini kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan terpilih diseluruh Negeri Johor seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Johor, Yayasan Warisan Johor, Pejabat-pejabat Daerah. diharap mendapat sokongan dan dokongan agensi kerajaan tersebut diatas, amin.

Perbincangan ini telah ditangguhkan pada jam 11.15 malam dan akhir sekali Pengerusi perbincangan berpesan kepada semua yang hadir agar terus berusaha dengan gigih supaya hasrat Persatuan dapat dilaksanakan dengan jayanya, Isnya Allah, amin.

Laporan ini disediakan oleh Othman bin Ahmad Setiausaha KESUMA-i
pada 27 Januari 2012 jam 5.37 petang.

Friday, January 13, 2012

KURSUS ASAS SENI LAKON/TEATER

Persatuan Teater KESUMA-i Johor bahru merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Jkkn Johor kerana telah memberi tawaran melantik En. Mohd Razif bin Hj. Adnan, Pengerusi KESUMA-i sebagai Fasilitator untuk kursus Asas seni lakon / Teater anjuran JKKN Johor bersama PUSPANITA Cawangan Negeri Johor yang akan berlangsung pada 17 - 19 Januari 2012 bertempat di J.A. Residen Hotel, Johor Bahru.

Monday, January 2, 2012

PREJUDIS TEATER

Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru (KESUMA-i) mempelawa kepada sesiapa yang berminat menyertaikan kami di Kompleks Pekan Rabu Johor Bahru pada 15 Januari 2012 jam 2.00 hingga 6.00 petang untuk sesi pendaftaran dan uji bakat.

Latihan Teater KESUMA-i akan bermula secara rasmi pada 3 Februari 2012 (Jumaat)bertempat di Anjung Seni, Pejabat Daerah Johor Bahru (Berhadapan Terminal Larkin) atau di Kompleks Pekan Rabu Johor Bahru.

TRANSFOMASI
Atas Usaha KESUMA-i yang telah melahirkan:-

1. Aktivis Penggerak Budaya
2. Kumpulan Penggerak Budaya.
3. Melahirkan 16 Orang Jurulatih diiktiraf Jurulatih Seni Budaya Negara.
4. Melahirkan 28 Orang Jurulatih bertaraf Fasilitator Program penghayatan Sastera dan Budaya.
5. Melahiran 13 Orang Pelakon Wanita dan Lelaki Terbaik Teater.
6. Melahirkan Pengarah terbaik dan Berwibawa dalam Pertandingan dan persembahan.
7. Melahirkan Jurulatih Muda KESUMA-i
8. Akan dilibatkan dalam pementasan Teater Perdana "REVOLUSI SYAITAN" pada April 2012.

Untuk makluman semua, Sesi pengambilan ahli baru akan dijalankan di Pit Stop KESUMA-i bertempat Kompleks Pekan Rabu Johor Bahru pada 15hb Januari 2012, jam 2.00 petang.

Antara krateria-krateria peserta yang kami cari adalah sepertimana berikut:-

1. Berumur 18 tahun ke atas.
2. Displin yang tinggi dan komitmen.
3. Mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu (sekiranya ada).
4. Mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang teater.
5. Mampu memikul tanggungjawab yang diberikan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mohd Razif bin Hj. Adnan - Pengerusi KESUMA-i (016-7949059) atau En. Othman bin Ahmad - Setiausaha KESUMA-i (012-7048224).

SILA LIHAT DI PETAK BAWAH UNTUK MELIHAT POSTER PREJUDIS TEATER

Wednesday, December 14, 2011

Bengkel Tatarias Seni Persembahan 2011

Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru telah ditawarkan menyertai Bengkel Tatarias Seni Persembahan 2011 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dibawah kelolaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Johor dan telahpun diadakan pada 9hb. – 11hb. Dis 2011 bertempat di Tropikal Inn Hotel, Johor Bahru.

KESUMA-i disertai oleh 3 orang Eksekutif KESUMA-i, untuk makluman semua Bengkel tersebut telah memberikan pengetahuan tentang solekan kesan khas dan solekan watak yang diberi tunjuk ajar oleh pakar Juru Soleh Istana Budaya Kuala Lumpur iaitu En Asmawi Puteh, melalui bengkel Tuan Pengerusi telah dilantik sebagai Ketua Peserta dan Setiausaha telah terpilih sebagai Peserta Terbaik Lelaki. Bengkel ini akan dilanjutkan pada masa akan dating untuk mempelajari teknik Airbrush dan Silikon bagi solekan Kesan Khas.

Tuesday, December 6, 2011

Bengkel Amalan Gaya Hidup Sihat Melalui Teater Puisi

Bengkel Amalan Gaya Hidup Sihat Melalui Teater Puisi anjuran Majlis Kebudayaan Negeri Johor dan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Majlis Teater Negeri (MTN) Johor, Persatuan Teater KESUMA-I Johor Bahru, Pejabat Kesihatan Daerah Segamat, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Johor, Yayasan Warisan Johor, IKLAS YWJ, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telahpun diadakan pada 2hb. – 4hb. Dis 2011 bertempat di Pusat Latihan dan Rekreasi Tebing Tinggi, Segamat, Johor

Program yang disertai oleh 10 orang Jurulatih dan Urusetia daripada KESUMA-i, Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 32 orang peserta dengan diwakili oleh 3 buah daerah iaitu Ledang, Muar dan Segamat. Program ini menitikberatkan faktor kesihatan sepertimana berikut:-

1. Ceramah Amalan Gaya Hidup Sihat
2. Senam Seni Malaysia.
3. Senaman J. Robik
4. Ujian Saringan Darah
5. Zon Larangan Merokok
6. Menu Pemakan Sihat

Satu pencapaian yang baik daripada semua jurulatih kerana melalui skrip Prakata Matinya Seorang Pahlawan maka setiap jurulatih telah berjaya memberikan persembahan menarik melalui peserta bengkel.

Program ini telah di rasmikan oleh YB. Datuk Haji Othman bin Jais, Timbalan Yang Dipertua, Majlis Kebudayaan Negeri Johor dan dihadiri oleh En. Abdul Hamid bin Hj. Mohamed - Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Johor, Wakil Rasmi Tuan Pegawai Daerah Segamat dan wakil Kelab Rukun Tetangga Daerah Ledang.

Wednesday, October 12, 2011

ENDURANCE RALLY INTO CHINA 2011

Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru telah berkerjasama dengan pihak Enrich dibawah kendalian Tuan Majer S. Aruel Prakash sebagai Pelaksana program dan KESUMA-i terlibat secara langsung bagi membantu Program Endurance Rally Into China 2011 melalui Flag Off pada 25hb. September 2011 di Johor Bahru.

KESUMA-i, Majlis Kebudayaan Negeri Johor (MKNJ) dan Persatuan J.Robik Negeri Johor telah dilantik untuk mengendalikan persembahan Pentas oleh pihak Enrich yang mengendalikan program ini sepertimana dibawah
En. Othman (Setiausaha)- Pengurus Pentas, Khidmat Koir dan Penyediaan Que Sheet persembahan.
En. Mohd Hidayat (MKNJ) - Pengurus Artis dan Khidmat kumpulan dan Khemah acara.
Pn. Habibah (J.Robik)-Setiausaha Enrich dan Pengurus Produksi
AJK dan Ahli-Ahli KESUMA-i - Kumpulan Koir Endurance Rally.


Rombongan kami bertolak bagi menghadiri acara Pit Stop ke Negeri Perak, pada 26hb. September 2011 ahli KESUMA-i telah dibawa bersama untuk muncul dalam rancangan Malaysia Hari Ini di Sri Pentas TV3 pada 26hb. September 2011 jam 8.00 pagi. Ahli KESUMA-I sekali lagi membuat persembahan Koir bagi acara penutup Flag In Endurance Rally Into China pada 8hb. Oktober 2011 bertempat di Jalan Trus, Johor Bahru. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.