Logo KESUMA-i

Logo KESUMA-i
Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru

Tuesday, June 10, 2014

AKTIVITI KESUMA-I SEPANJANG BULAN MAC HINGGA JUN 2014

Pada 16 Mac 2014, KESUMA-i telah diwakili oleh Pegawai dan Ahli Jawatankuasa ke Mesyuarat Agung Majlis Kebudayaan Daerah Johor Bahru, melalui pemilihan tersebut Pengerusi sekali lagi dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa MKDJB.

Pada 23 Mac 2014, Pengerusi dan Setiausaha menghantar permohonan kepada Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Pulai.

Pengerusi dan Setiausaha KESUMA-i telah berjaya diterima menjadi ahli CCIG (Creative Content Industry GUILD Malaysia) pada 25 Mac 2014 - Mesy. Majlis Kerja CCIG yang lalu, semoga apa yang diusahakan ini dapat dimanfaatkan bersama ahli-ahli yang lain, Insya Allah, Amin.

Seramai 10 orang Ahli KESUMA-i dan Belia KESUMA-I menghadiri Majlis Jalinan Mesra anjuran Majlis Kebudayaan Negeri Johor dan Majlis Kebudayaan Daerah Johor Bahru pada 25 Mac 2014 bertempat di Tropical Inn Hotel, Johor Bahru.

Tanggal 15 April 2014, Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiasuaha telah mengadakan pertemuan dengan Tuan Haji Abdul Rahsid Kasman bagi permohonan yang telah dibuat oleh KESUMA-i dan perancangan mengadakan pementasan teater, hasil daripada perbincangan tersebut maka Tuan Haji Abdul Rashid Kasman bersetuju untuk membantu KESUMA-i untuk mengadakan pementasan Teater “Revolusi Syaitan”

Pada 15 April 2014 juga, KESUMA-i telah menghantar Undangan kepada Putera dan Puteri UMNO Bahagian dan Cawangan kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor melalui Setiausaha Kerjanya iaitu Encik Ramlee Bohani, untuk dipanjang kepada UMNO Bahagian dan Cawangan bagi menyertai Program Khemah Kerja Teater Sepanjang Tahun anjuran Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru, Antara matlamat KESUMA-i mengundang Pemuda dan Puteri UMNO mengikuti program ini adalah agar dapat mengembangkan ilmu teater di kawasan dan komuniti masing-masing untuk dikongsi kepada masyarakat sekeliling, amin.

Pada 22 April,2014, Tuan Pengerusi telah menghadiri mesyuarat AJK Majlis Kebudayaan Daerah Johor Bahru bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Johor Bahru.

Latihan Teater Revolusi Syaitan telah bermula 23 April 2014 bertempat di Anjung Seni Pejabat Daerah Johor Bahru dan pada tarikh tersebut cik Mary Victoria Dass daripada Harian Metro telah datang bagi membantu menyiarkan artikel berkaitan pementasan teater Eksperimental Revolusi Syaitan.

Pada 1 Mei 2014, Tuan Pengerusi, Puan Timbalan Pengerusi dan Setiausaha telah dilantik sebagai Pengadil Pertandingan Dikir Barat sempena KARNIVAL MESRA BELIA - Jom Ke Putrajaya Peringkat Negeri Johor berlokasi di Pontian.

Seramai 10 orang ahli Persatuan Teater KESUMA-i  bersama-sama AJK Persatuan Belia KESUMA-I telah menghadiri Majlis Sepetang Bersama MKDJB pada 17 Mei 2014 bertempat The Zon Johor Bahru.

Gotong royong membuat set & prop di Anjung Seni Pejabat Daerah Johor Bahru diantara Ahli-ahli Persatuan Teater KESUMA-i dan Persatuan Belia KESUMA-I pada 18 Mei 2014 jam 3.00 petang, syabas diucapkan.

Tuan Pengerusi, Setiasuaha telah telah pergi ke pejabat YB. Dato; Zulkurnain Hj Kamisan bagi memohon bantuan kebudayaan bagi mengadakan pementasan pada 4, 11,  & 25 Mei 2014, melalui surat bantuan tersebut YB. Dato; telah minitkan kepada JKKN Johor dan Setiasuaha telah menghantar system pesanan ringkas kepada Pembantu Khas beliau kerana surat bantuan tersebut adalah bantuan melalui Majlis Kebudayaan Negeri Johor dan bukan kepada JKKN Johor, maka Setiausaha telah menghantar email kepada En Akmal pada 25 Mei 2014 untuk diserahkan kepada YB. Dato’ untuk permohonan kepada Majlis Kebudayaan Negeri Johor.

Kunjungan YB. Dato’ Zulkurnain Hj Kamisan, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan warisan Negeri Johor bagi melihat persiapan KESUMA-I mengadakan pementasan teater Revolusi Syaitan pada 2 Jun 2014 jam 5.00 petang bertempat di Dewan Kenangan, Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat Batu 5 Johor Bahru.

Pementasan Teater Eksperimental “Revolusi Syaitan” telah berjaya dipentaskan di Dewan Kenangan, Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat Batu 5 Johor Bahru pada 2 -5 Jun 2014, KESUMA-I amat berterima kasih atas kerjasama baik daripada pihak pengurusan Kompleks dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Pulai atas segala bentuk bantuan yang diberikan termasuk siar raya, promosi, jamuan VIP, jamuan karyawan dan persiapan dewan.

Pada 6 Jun 2014, Persatuan Teater KESUMA-i telah diberikan tiket percuma sebanyak 30 keping daripada YB. Dato’ Zulkurnain Hj. Kamisan, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Suka, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor untuk bersama-sama menonton Teater Monolog "Jual Ubat" lakonan Saudara Khalid Salleh di Auditorium JOTIC, Johor Bahru, ribuan terima kasih diucapkan kepada YB. Dato’. 

No comments:

Post a Comment