Logo KESUMA-i

Logo KESUMA-i
Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru

Thursday, December 17, 2009

Teater Amal Abang, Abang Oh Abang

iM Prihatin dan Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Johor, Yayasan Warisan Johor, Universiti Teknologi Malaysia, Majlis Kebudayaan Negeri dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Johor Bahru akan menganjurkan Pementasan Teater Amal Berkonsepkan Medley bertajuk Abang, Abang Oh Abang, Segala persiapan latihan produksi ini dikendalikan sepenuhnya oleh Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru dengan dibantu oleh Karyawan dan Tenaga Produksi berpengalaman dalam bidang seni pementasan. Perancangan demi perancangan telah dijalankan mengikut jadual yang telah dipersetujui oleh semua pihak. Satu Mesyuarat Teknikal Produksi ini telahpun dijalankan pada 10hb November 2010 bertempat di Pejabat iM Prihatin yang dipengerusikan oleh En. Muhamed Ali bin Mohamed Munji @ BJ telah mencapai kata sepakat memilih tarikh 12 - 14 Disember 2010 bertempat di Dewan Sultan ISkandar UTM Skudai, Johor Bahru. Teater Amal Medley Abang, Abang Oh Abang ini dibarisi oleh Tenaga Produksi terdiri dari En. Mohd Razif Hj Adnan (Pengarah),En. BJ (Eksekutif Produser), En. Soekarno Talib (Pengurus Produksi), En. On Jaafar (Pengarah Teknikal), Tn. Hj. Mohd Anim Suleiman (Pencipta Muzik & Mastreo), En. Ishak Ali Muda (susunan Muzik), En. Hamly Shah Ramly (Koreografer), En. Othman Ahmad (Penolong Pengurus Produksi & Penolong Pengarah 2), En. Norazmi Bahron (Penolong Pengarah 1) Pn. Norhafidah Buang (Pengurus Artis),Puan Zaini Mohamed (Urusetia) dengan dibantu oleh Jawatankuasa dan ahli-ahli KESUMA-i dan Yayasan Warisan Johor manakala barisan karyawan pula terdiri daripada Mohd Fazlee Mohd Noor, Zainoren Zainudin, Mohd Nazri, Mahedin Bedu, Mohd Hafiz, (YWJ), En. Mohd Hidayat Mohd Nor (Majlis Kebudayaan Negeri Johor), Para Penari Kelab Kesenian Jabatan (Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Johor), Triangle Music Centre (Diketaui oleh En Modh Fuzi Idris) dan ahli-ahli KESUMA-i sendiri. justeru itu kami juga dengan rasa rendah diri dan berbesar hati ingin menjemput semua agensi kerajaan, swasta dan orang perseorangan yang ingin berkerjasama sebagai penyumbang melalui iM Prihatin berkaitan penerbitan buku YANG BUAS, TERBUANG, TERBIAR untuk mendapatkan maklumat dan untuk keterangan lanjut sila hubungi:- Pejabat urusan iM Prihatin 07-2321223 Fax : 07-2321223 atau En. Muhamed Ali Mohamed Munji @ En. BJ (016-7194419), En. Soekarno Talib (016-7234419), Mohd Razif Hj. Adnan (016-7949059), Encik Othman Ahmad (012-7048224)