Logo KESUMA-i

Logo KESUMA-i
Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru

Wednesday, October 12, 2011

ENDURANCE RALLY INTO CHINA 2011

Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru telah berkerjasama dengan pihak Enrich dibawah kendalian Tuan Majer S. Aruel Prakash sebagai Pelaksana program dan KESUMA-i terlibat secara langsung bagi membantu Program Endurance Rally Into China 2011 melalui Flag Off pada 25hb. September 2011 di Johor Bahru.

KESUMA-i, Majlis Kebudayaan Negeri Johor (MKNJ) dan Persatuan J.Robik Negeri Johor telah dilantik untuk mengendalikan persembahan Pentas oleh pihak Enrich yang mengendalikan program ini sepertimana dibawah
En. Othman (Setiausaha)- Pengurus Pentas, Khidmat Koir dan Penyediaan Que Sheet persembahan.
En. Mohd Hidayat (MKNJ) - Pengurus Artis dan Khidmat kumpulan dan Khemah acara.
Pn. Habibah (J.Robik)-Setiausaha Enrich dan Pengurus Produksi
AJK dan Ahli-Ahli KESUMA-i - Kumpulan Koir Endurance Rally.


Rombongan kami bertolak bagi menghadiri acara Pit Stop ke Negeri Perak, pada 26hb. September 2011 ahli KESUMA-i telah dibawa bersama untuk muncul dalam rancangan Malaysia Hari Ini di Sri Pentas TV3 pada 26hb. September 2011 jam 8.00 pagi. Ahli KESUMA-I sekali lagi membuat persembahan Koir bagi acara penutup Flag In Endurance Rally Into China pada 8hb. Oktober 2011 bertempat di Jalan Trus, Johor Bahru. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

Thursday, October 6, 2011

Bangsawan "GENTA ALAM"

Pementasan Bangsawan “GENTA ALAM” anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Johor, dan Majlis Kebudayaan Negeri Johor dengan kerjasama Majlis Teater Negeri (MTN) Johor, Grup Inspirasi Unik dan Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru telah berjaya dipentaskan pada 1hb. – 2hb. Oktober 2011 bertempat di di Auditorium JOTIC, Johor Bahru dengan disertai oleh KESUMA-i seramai 10 orang. Antara pecahan tugas adalah seperti berikut :

1. Tuan Pengerusi sebagai Pengarah Lakon,
2. 3 orang Ahli KESUMA-i sebagai Pelakon
3. 6 orang Ahli KESUMA-i sebagai Urusetia daripada KESUMA-i,

Hasil daripada sentuhan Tuan Pengerusi selaku Pengarah Lakon, Bangsawan ini telah mendapat pujian kerana mempamerkan satu bentuk kelainan dari sudut persembahannya, menurut pandangan En Baharuddin (Timbalan Pengarah JKKN) secara keseluruhan bangsawan ini telah mencapai tahap 80% nilai bangsawannya lebih dari sasaran JKKN iaitu sebanyak 50% . Sekalung Tahniah diucapkan kepada Ahli-Ahli KESUMA-i dan semua yang terlibat di dalam pementasan Bangsawan ini.