Logo KESUMA-i

Logo KESUMA-i
Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru

Wednesday, December 14, 2011

Bengkel Tatarias Seni Persembahan 2011

Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru telah ditawarkan menyertai Bengkel Tatarias Seni Persembahan 2011 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dibawah kelolaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Johor dan telahpun diadakan pada 9hb. – 11hb. Dis 2011 bertempat di Tropikal Inn Hotel, Johor Bahru.

KESUMA-i disertai oleh 3 orang Eksekutif KESUMA-i, untuk makluman semua Bengkel tersebut telah memberikan pengetahuan tentang solekan kesan khas dan solekan watak yang diberi tunjuk ajar oleh pakar Juru Soleh Istana Budaya Kuala Lumpur iaitu En Asmawi Puteh, melalui bengkel Tuan Pengerusi telah dilantik sebagai Ketua Peserta dan Setiausaha telah terpilih sebagai Peserta Terbaik Lelaki. Bengkel ini akan dilanjutkan pada masa akan dating untuk mempelajari teknik Airbrush dan Silikon bagi solekan Kesan Khas.

Tuesday, December 6, 2011

Bengkel Amalan Gaya Hidup Sihat Melalui Teater Puisi

Bengkel Amalan Gaya Hidup Sihat Melalui Teater Puisi anjuran Majlis Kebudayaan Negeri Johor dan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Majlis Teater Negeri (MTN) Johor, Persatuan Teater KESUMA-I Johor Bahru, Pejabat Kesihatan Daerah Segamat, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Johor, Yayasan Warisan Johor, IKLAS YWJ, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telahpun diadakan pada 2hb. – 4hb. Dis 2011 bertempat di Pusat Latihan dan Rekreasi Tebing Tinggi, Segamat, Johor

Program yang disertai oleh 10 orang Jurulatih dan Urusetia daripada KESUMA-i, Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 32 orang peserta dengan diwakili oleh 3 buah daerah iaitu Ledang, Muar dan Segamat. Program ini menitikberatkan faktor kesihatan sepertimana berikut:-

1. Ceramah Amalan Gaya Hidup Sihat
2. Senam Seni Malaysia.
3. Senaman J. Robik
4. Ujian Saringan Darah
5. Zon Larangan Merokok
6. Menu Pemakan Sihat

Satu pencapaian yang baik daripada semua jurulatih kerana melalui skrip Prakata Matinya Seorang Pahlawan maka setiap jurulatih telah berjaya memberikan persembahan menarik melalui peserta bengkel.

Program ini telah di rasmikan oleh YB. Datuk Haji Othman bin Jais, Timbalan Yang Dipertua, Majlis Kebudayaan Negeri Johor dan dihadiri oleh En. Abdul Hamid bin Hj. Mohamed - Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Johor, Wakil Rasmi Tuan Pegawai Daerah Segamat dan wakil Kelab Rukun Tetangga Daerah Ledang.