Logo KESUMA-i

Logo KESUMA-i
Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru

Friday, June 20, 2014

PEMENTASAN TEATER EKSPERIMENTAL REVOLUSI SYAITAN

Pementasan Teater Eksperimental Revolusi Syaitan telahpun diadakan pada 2 hingga 5 Jun 2014 bertempat di Dewan Kenangan, Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat Batu 5 Johor Bahru, seramai 35 orang karyawan dan Tenaga Produksi telah terlibat dengan menggabungkan Pelakon Berpengalaman dan Baru di dalam pementasan kali ini.

Skrip Karya Tuan Haji Abdul Rashid Kasman Jaafar ini merupakan skrip yang paling diminati oleh semua pengiat teater lama khususnya sekitar tahun 80an dan 90an, skrip mengisahkan kepincangan manusia yang lalai dengan suruhan agama dan kepincangan pemimpin yang korup serta pentingkan diri sendiri tanpa melihat kesengsaraan rakyat bawahannya, skrip ini walaupun telah lama diterbitkan sekitar tahun 80an namun ianya masih mengutarakan isu-isu yang sering terjadi sehingga kini.

Dengan menampilkan Pengarah Baru dikalangan wanita (Buat kali ke-dua KESUMA-i pertaruhkan Pengarah Wanita) iaitu Rosita Hj. Mohd Anim, corak dan gaya persembahan Teater Eksperimental Revolusi Syaitan kali ini dilihat amat berlainan dari pementasan-pementasan sebelum ini, Rosita berkata "saya amat bertuah kerana diberikan kumpulan produksi yang sangat profesional dan berpengalaman, satu kejutan apabila diberikan tugas dan tanggungjawab mengalas title Pengarah dalam produksi ini, namun saya menyahut cabaran ini daripada Encik Mohd Razif Haji Adnan Pengerusi KESUMA-i yang sentiasa ingin menampilkan pengarah-pengarah baru dalam setiap produksi yang dikelolakan oleh KESUMA-i", Othman Ahmad Setiausaha KESUMA-i pula berkata "kami juga amat bertuah kerana dipelawa oleh UMNO Parlimen Pulai untuk mementaskan teater ini di Dewan Kenangan, Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, usahasama diantara KESUMA-i dan UMNO Parlimen Pulai dilihat sangat baik, kami sangat terharu apabila Setiausaha Bahagian Uncle Rashid Kasman menyumbangkan dua buah poster gergasi, makan minum VIP dan jemputan khas, makan minum para karyawan dan tenaga produksi serta segala kelengkapan yang kami perlukan dapat disediakan di Kompleks tersebut, saya sangat terharu dengan kecekapan Pengurusan Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat yang sentiasa memberikan kerjasama baik sepanjang kami berkampung di sana.

Dengan Jumlah penonton yang penuh dan padat dalam ke empat-empat hari pementasan iaitu dianggarkan seramai 1,200 orang (250 - 300 orang yang menonton setiap hari), telah memberikan satu semangat kepada KESUMA-i untuk terus memberikan satu kualiti terbaik di dalam setiap pementasan yang dikendalikan oleh KESUMA-i. bukan pujian dan sorakan penonton yang kami lihat tetapi ianya memberikan kefahaman terhadap isu cerita yang kami pentaskan, ianya adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat dan memberikan mereka kesedaran terhadap apa yang berlaku disekeliling mereka, kami tidak mempunyai artis popular dan glamour yang tinggi nilai bayarannya daripada aktivis yang berjuang sepanjang hayat mereka memperjuangkan seni di negeri tercinta ini untuk memajukan teater, cukuplah sekadar muka baru dan lama yang mempunyai kualiti setara yang dapat menyampaikan mesej kepada masyarakat, itulah matlamat kami memperjuangkan seni teater di Negeri Johor ini. 

KESUMA-i juga amat bertuah dan terharu menerima kunjungan daripada YB. Dato' Zulkurnain bin Hj. Kamisan, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor, bersama-sama Encik Ridhwan bin Mohd Salleh Pegawai Khas kepada Menteri Besar Johor bagi melihat persiapan akhir, YB Dato' dilihat sangat perihatin terhadap aktivis seperti kami, melalui sokongan ini beliau telah membantu KESUMA-i dengan sokongan dan bantuan kewangan bagi melaksanakan pementasan ini.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor masih terus membantu persatuan ini sebagai rakan kerjasama dengan menyediakan peralatan teknikal dan bantuan kewangan untuk merealisasikan program ini, jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat.








No comments:

Post a Comment