Logo KESUMA-i

Logo KESUMA-i
Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru

Saturday, July 30, 2011

Pertubuhan Penaja Kebajikan Impian Malaysia Prihati Negeri Johor

Meyuarat jawatankuasa Penaja Persatuan Impian Malaysia Prihatin telah diadakan pada 29hb. Julai 2011 bertempat di Pejabat Koperasi Usahawan Pekan Rabu, Kompleks Pekan Rabu Johor Bahru jam 3.00 petang, Mesyuarat yang dipengerusi oleh YB. Datuk Haji Ayub bin Samad selaku pengerusinya telah memilih seramai 4 orang ahli KESUMA-i sebagai jawatankuasa penaja iaitu

- En. Mohd Razif Hj. Adnan - Naib Pengerusi II
- En. Othman bin Ahmad - Penolong Setiausaha
- Puan Sahfeyah binti Hj. Sunok - Ahli Jawatankuasa
- En. Mohd Hidayat Mohd Nor - Ahli Jawatankuasa

Pada 10hb. Ogos 2011, Setiasusaha KESUMA-i telah ke pejabat YB. Pengerusi iM Prihatin di Bandar Putra Segamat bagi menandatangani semua dokumen-dokumen yang berkaitan iM PRIHATIN untuk dihantar ke pejabat Pendaftaran Persatuan (R.O.S). selama 2 hari berada di Segamat untuk bersama YB. Pengerusi, Setiausaha berpeluang menghadiri Majlis Penyampaian Dana Bantuan ADUN KEMELAH dan majlis berbuka puasa bersama badan-badan NGO’s di kawasan Kemalah, Segamat.

Thursday, July 7, 2011

Keaktifan Majlis Teater Negeri (MTN) Johor

Suatu perkara menarik di dalam pertemuan Majlis Mesra Diskusi bersama Yang DiPertua Majlis Teater Negeri (MTN) Johor yang diadakan pada 5hb. Julai 2011 jam 9.00 malam bertempat di Anjung Seni, Pejabat Daerah Johor Bahru anjuran Majlis Teater Negeri (MTN) Johor dan Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru bagi membincangkan perkara-perkara berikut:-
a) Hala Tuju Teater Negeri Johor
b) Penglibatan Persatuan di dalam Program JKKNNJ
c) Peranan Majlis Teater Negeri (MTN) Johor
d) Masalah-Masalah Aktiviti Teater di Negeri Johor.

Banyak perkara yang dapat dikongsi bersama di antara Mandat YDP MTNJ mengucapkan tahniah dan syukur kehadrat Allah S.W.T kepada KESUMA-i kerana menjadi Unit Produksi MTNJ selama 11 tahun dan menggerakkan aktiviti berbengkel kepada ahli-ahlinya, beliau amat berbangga dengan kesungguhan dan pencapaian yang telah ditunjuk bagi menaikkan martabat teater di Negeri Johor. sebagai Yang DiPertua Majlis Teater Negeri Johor, beliau percaya dengan kepimpinan Pengerusi KESUMA-i iaitu En. Mohd Razif Bin Hj. Adnan di dalam menjalankan amanah dan tanggungjawabnya mengharumkan nama Negeri Johor dari segi aktiviti berbengkel. Beliau juga menyatakan bahawa ahli-ahli KESUMA-i merupakan penggerak budaya kepada masyarakat dan menasihati agar menjaga nama baik sendiri, keluarga dan persatuan serta elakkan daripada permusuhan.

apa yang menarik di dlam perbincangan tersebut ialah mengenai penggunaan Bahasa Melayu yang betul di rangkaian Facebook, Bolg, Twitter dan sebagainya kerana masyarakat sekarang kurang menitikberatkan penulisan yang benar-benar menggunakan perkataan yang betul, jika dilihat kebanyakkannya menggunakan tulisan ringkas dan jika dikaji memberikan makna dan maksud yang berlainan dari segi penggunaan ayat, jika ini tidak dibendung maka penggunaan ayat-ayat ringkas boleh menjejaskan penggunaan tulisan bahasa melayu di masa akan datang.

En. Mohd Yusof Ali, Pegawai Kebudayaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Johor pula berkata bidang teater tidak boleh dianggap sebagai hiburan ringan kerana teater memberikan merupakan medium kepada masyarakat dan teater juga boleh membentuk siasah diri dan peradaban yang baik kepada pengamalnya, beliau juga menyatakan ilmu teater harus dipelajari dengan ikhlas dan sabar kerana teater bukan hanya berlakon tetapi banyak cabang kemahiran boleh dikongsi di dalam pembelajaran teater seperti seni tampak (Ukiran, Pertukangan), Seni tari, Seni Visual, Seni Muzik, Tata Hias (Solekan dan Kostum) dan teater juga boleh dipraktikkan di dalam kehidupan seharian manusia. En. Md. Yusof juga menyatakan bahawa Jabatan Kebudayaan dan Kesenian NEgara Negeri Johor (JKKNNJ) sentiasa menyokong usaha dan kesungguhan KESUMA-i di dalam menjalankan aktiviti teater bagi memeriahkan lagi kecemerlangan seni budaya di Negeri Johor.

En. Mohd Razif Hj Adnan Pengerusi KESUMA-i sangat berharap penglibatan sekelian ahli KESUMA-i akan dapat diteruskan dari semasa ke semasa dan menawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli KESUMA-i atau berbengkel bersama KESUMA-i untuk datang ke Pej. Dearah Johor Bahru pada setiap Selasa dan Jumaat jam 9.00 malam, Beliau juga menyatakan bahawa KESUMA-i sentiasa bersedia mengadakan jalinan kerjasama dengan semua jabatan yang berminat untuk mengadakan pementasan, bengkel dan sebagainya bagi memberikan pendedahan kepada masyarakat. Antara masalah aktiviti yang dihadapi pula kebanyakkan masyarakat kurang memberikan minat di dalam penumpuan bidang teater kerana memerlukan proses yang lama untuk dipentaskan atau teater memerlukan kos yang tinggi dan sebagainya, ini harus dipandang serius oleh semua pihak kerana medium teater amat penting kepada masyarakat dan tidak harus dipandang sepi oleh pelbagai pihak.

Insya Allah dengan perbincangan ini, segala usaha dan perancangan yang akan dilaksanakan akan dapat dilakukan dengan baik di masa hadapan, Majlis Teater Negeri (MTN) Johor dan Unit Produksinya iaitu Persatuan Teater KESUMA-i akan sentiasa memberikan kerjasama baik kepada semua yang tampil mendapatkan khidmat nasihat dan sebagainya dari semasa ke semasa.

Sunday, July 3, 2011

PERTANDINGAN J.ROBIKTHON 2011

Ahli Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru telah menyertai Pertandingan J.Robikthon anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dibawah kelolaan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat dengan kerjasama Persatuan J.RObik Negeri Johor pada 2hb. Julai 2011 bertempat di Batu Pahat Mall, Batu Pahat Johor atas pelawaan En. Mohd Hidayat Mohd Nor Ahli KESUMA-i merangkap Bendahari Persatuan J.Robik Negeri Johor dan Instruktor Pertandingan tersebut. KESUMA-i diwakili oleh En. Othman Ahmad (Setiausaha), En. Mohd Hidayat Mohd Nor, Cik Izyanee Mohd Nasir, Puan Norisimah Salleh dan En. Mohamad Zaki Ibrahim, acara bermula dari jam 1.30 tengahari hingga 5.00 petang di sertai oleh lebih kurang 100 orang peserta dari setiap daerah di Negeri Johor. En Mohd Hidayat telah memenangi kumpulan intruktor paling ceria di dalam acara itu. di dalam pertemuan bersama Jawatankuasa Persatuan J.Robik Negeri Johor itu telah mempelawa Persatuan Teater KESUMA-i untuk menyertai setiap program yang akan dianjurkan oleh mereka dan ini merupakan satu peluang kepada semua ahli KESUMA-i bagi menjalani gaya hidup sihat dan syabas dan tahniah kepada mereka yang terlibat di dalam program ini.

Friday, July 1, 2011

MESYUARAT EKSEKUTIF PROGRAM PERINTIS BENGKEL AMALAN GAYA HIDUP SIHAT MELALUI TEATER PUISI

Majlis Kebudayaan Negeri Johor (MKNJ)telah mengadakan satu mesyuarat Eksekutif pada 30hb. Jun 2011 jam 3.00 petang bertempat di Pejabat Majlis Kebudayaan Negeri Johor dengan dihadiri oleh Tuan Haji Muhamad Fuad Bin haji Radzuan, Pengarah Yayasan Warisan Johor merangkap Setiausaha Kehormat Majlis Kebudayaan Negeri Johor sebagai pengerusi Mesyuarat Eksekutif, Encik Abdul Hamid Bin Haji Mohamed, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Johor merangkap Penolong Setiausaha Kehormat MKNJ, Tuan Haji Meraj@ Mohamed Bin Hj. A. Jalal, Yang DiPertua, Majlis Teater Negeri (MTN)Johor merangkap AJK MKNJ, Encik Rusdi Bin Abd Rahman, Pegawai Perancang Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan merangkap AJK MKNJ, En. Mohd Razif Bin Hj. Adnan, Setiausaha Majlis Teater Negeri(MTN)Johor merangkap AJK MKNJ, Puan Rabiatul Adwiyah Binti Md. Salleh, Pegawai Pusat Dokumentasi Yayasan Warisan Johor merangkap AJK MKNJ, En. Mohd Hidayat Bin Mohd Nor, Setiausaha Kerja MKNJ dan En. Othman Ahmad, Timbalan Yang DiPertua, Majlis Teater Negeri (MTN) Johor.

Terlebih dahulu Tuan Haji Muhamad Fuad selaku pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir dan beliau sangat berbesar hati menerima makluman tentang Program Perintis Bengkel Amalan Gaya Hidup Sihat Melalui Teater Puisi yang dianggap baru di dalam aktiviti seni dan budaya di Negeri Johor. Majlis Kebudayaan Negeri Johor merupakan NGO's pertama di Negeri Johor yang memohon magadakan Program Perintis Bengkel Amalan Gaya Hidup Sihat Melalui Teater Puisi dan usaha ini harus diteruskan bagi melahirkan aktivis teater dan masyarakat yang mengamalkan penjagaan kesihatan melalui kegiatan seni dan budaya.

En. Mohd Razif Bin Hj. Adnan selaku Pegawai Projek telah menerangkan tentang aturcara dan perjalanan bengkel tersebut yang melibatkan hampir sepuluh (10) orang jurulatih yang berwibawa di dalam bidang teater dan gerak kreatif, beliau juga telah memaklumkan bahawa Majlis Teater Negeri (MTN) Johor telahpun menyediakan modul teater yang berkait rapat dengan kesihatan.

Mesyuarat tersebut juga telah membincangkan tentang penambahbaikan dan pengisian program anjuran LPKM dan MKNJ terutama mengenai aturcara dan pelancaran Bengkel tersebut yang dicadangkan oleh En. Abdul Hamid agar dibuat secara besar-besaran bagi mempromosikan kesihatan dan Bengkel tersebut dengan dirasmikan oleh YB. Puan Hajjah Asiah Binti Md. Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Johor merangkap Yang DiPertua Majlis Kebudayaan Negeri Johor.

Melalui mesyuarat ini juga En Rusdi mencadangkan agar "Silat Teater" ditukar kepada "Gerak Silat Dalam Teater" dan beliau sendiri akan membekalkan petikan-petikan Puisi Moden dan Puisi Tradisional yang menjurus kepada Kesihatan untuk digunakan di dalam bengkel tersebut.

Majlis Teater Negeri (MTNJ) Johor melalui Unit Produksi Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru akan meninjau-ninjau dari semasa ke semasa kepakaran Jurulatih-Jurulatih teater untuk ditawarkan bersama di dalam program ini.