Logo KESUMA-i

Logo KESUMA-i
Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru

Thursday, July 7, 2011

Keaktifan Majlis Teater Negeri (MTN) Johor

Suatu perkara menarik di dalam pertemuan Majlis Mesra Diskusi bersama Yang DiPertua Majlis Teater Negeri (MTN) Johor yang diadakan pada 5hb. Julai 2011 jam 9.00 malam bertempat di Anjung Seni, Pejabat Daerah Johor Bahru anjuran Majlis Teater Negeri (MTN) Johor dan Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru bagi membincangkan perkara-perkara berikut:-
a) Hala Tuju Teater Negeri Johor
b) Penglibatan Persatuan di dalam Program JKKNNJ
c) Peranan Majlis Teater Negeri (MTN) Johor
d) Masalah-Masalah Aktiviti Teater di Negeri Johor.

Banyak perkara yang dapat dikongsi bersama di antara Mandat YDP MTNJ mengucapkan tahniah dan syukur kehadrat Allah S.W.T kepada KESUMA-i kerana menjadi Unit Produksi MTNJ selama 11 tahun dan menggerakkan aktiviti berbengkel kepada ahli-ahlinya, beliau amat berbangga dengan kesungguhan dan pencapaian yang telah ditunjuk bagi menaikkan martabat teater di Negeri Johor. sebagai Yang DiPertua Majlis Teater Negeri Johor, beliau percaya dengan kepimpinan Pengerusi KESUMA-i iaitu En. Mohd Razif Bin Hj. Adnan di dalam menjalankan amanah dan tanggungjawabnya mengharumkan nama Negeri Johor dari segi aktiviti berbengkel. Beliau juga menyatakan bahawa ahli-ahli KESUMA-i merupakan penggerak budaya kepada masyarakat dan menasihati agar menjaga nama baik sendiri, keluarga dan persatuan serta elakkan daripada permusuhan.

apa yang menarik di dlam perbincangan tersebut ialah mengenai penggunaan Bahasa Melayu yang betul di rangkaian Facebook, Bolg, Twitter dan sebagainya kerana masyarakat sekarang kurang menitikberatkan penulisan yang benar-benar menggunakan perkataan yang betul, jika dilihat kebanyakkannya menggunakan tulisan ringkas dan jika dikaji memberikan makna dan maksud yang berlainan dari segi penggunaan ayat, jika ini tidak dibendung maka penggunaan ayat-ayat ringkas boleh menjejaskan penggunaan tulisan bahasa melayu di masa akan datang.

En. Mohd Yusof Ali, Pegawai Kebudayaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Johor pula berkata bidang teater tidak boleh dianggap sebagai hiburan ringan kerana teater memberikan merupakan medium kepada masyarakat dan teater juga boleh membentuk siasah diri dan peradaban yang baik kepada pengamalnya, beliau juga menyatakan ilmu teater harus dipelajari dengan ikhlas dan sabar kerana teater bukan hanya berlakon tetapi banyak cabang kemahiran boleh dikongsi di dalam pembelajaran teater seperti seni tampak (Ukiran, Pertukangan), Seni tari, Seni Visual, Seni Muzik, Tata Hias (Solekan dan Kostum) dan teater juga boleh dipraktikkan di dalam kehidupan seharian manusia. En. Md. Yusof juga menyatakan bahawa Jabatan Kebudayaan dan Kesenian NEgara Negeri Johor (JKKNNJ) sentiasa menyokong usaha dan kesungguhan KESUMA-i di dalam menjalankan aktiviti teater bagi memeriahkan lagi kecemerlangan seni budaya di Negeri Johor.

En. Mohd Razif Hj Adnan Pengerusi KESUMA-i sangat berharap penglibatan sekelian ahli KESUMA-i akan dapat diteruskan dari semasa ke semasa dan menawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli KESUMA-i atau berbengkel bersama KESUMA-i untuk datang ke Pej. Dearah Johor Bahru pada setiap Selasa dan Jumaat jam 9.00 malam, Beliau juga menyatakan bahawa KESUMA-i sentiasa bersedia mengadakan jalinan kerjasama dengan semua jabatan yang berminat untuk mengadakan pementasan, bengkel dan sebagainya bagi memberikan pendedahan kepada masyarakat. Antara masalah aktiviti yang dihadapi pula kebanyakkan masyarakat kurang memberikan minat di dalam penumpuan bidang teater kerana memerlukan proses yang lama untuk dipentaskan atau teater memerlukan kos yang tinggi dan sebagainya, ini harus dipandang serius oleh semua pihak kerana medium teater amat penting kepada masyarakat dan tidak harus dipandang sepi oleh pelbagai pihak.

Insya Allah dengan perbincangan ini, segala usaha dan perancangan yang akan dilaksanakan akan dapat dilakukan dengan baik di masa hadapan, Majlis Teater Negeri (MTN) Johor dan Unit Produksinya iaitu Persatuan Teater KESUMA-i akan sentiasa memberikan kerjasama baik kepada semua yang tampil mendapatkan khidmat nasihat dan sebagainya dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment