Pada 16 Mac 2014, KESUMA-i telah diwakili oleh Pegawai
dan Ahli Jawatankuasa ke Mesyuarat Agung Majlis Kebudayaan Daerah Johor Bahru,
melalui pemilihan tersebut Pengerusi sekali lagi dipilih sebagai Ahli
Jawatankuasa MKDJB.
Pada 23 Mac 2014, Pengerusi dan Setiausaha menghantar
permohonan kepada Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Pulai.
Pengerusi dan Setiausaha KESUMA-i
telah berjaya diterima menjadi ahli CCIG (Creative Content Industry GUILD
Malaysia) pada 25 Mac 2014 - Mesy. Majlis Kerja CCIG yang lalu, semoga apa yang
diusahakan ini dapat dimanfaatkan bersama ahli-ahli yang lain, Insya Allah,
Amin.
Seramai 10 orang Ahli KESUMA-i dan
Belia KESUMA-I menghadiri Majlis Jalinan Mesra anjuran Majlis Kebudayaan Negeri Johor dan Majlis Kebudayaan Daerah Johor Bahru pada 25 Mac 2014
bertempat di Tropical Inn Hotel, Johor Bahru.
Tanggal 15 April 2014, Pengerusi, Timbalan Pengerusi
dan Setiasuaha telah mengadakan pertemuan dengan Tuan Haji Abdul Rahsid Kasman
bagi permohonan yang telah dibuat oleh KESUMA-i dan perancangan mengadakan
pementasan teater, hasil daripada perbincangan tersebut maka Tuan Haji Abdul
Rashid Kasman bersetuju untuk membantu KESUMA-i untuk mengadakan pementasan
Teater “Revolusi Syaitan”
Pada 15 April 2014 juga, KESUMA-i
telah menghantar Undangan kepada Putera dan Puteri UMNO Bahagian dan Cawangan
kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor melalui Setiausaha Kerjanya iaitu
Encik Ramlee Bohani, untuk dipanjang kepada UMNO Bahagian dan Cawangan bagi
menyertai Program Khemah Kerja Teater Sepanjang Tahun anjuran Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru, Antara matlamat KESUMA-i mengundang Pemuda dan Puteri UMNO mengikuti
program ini adalah agar dapat mengembangkan ilmu teater di kawasan dan komuniti
masing-masing untuk dikongsi kepada masyarakat sekeliling, amin.
Pada 22 April,2014, Tuan Pengerusi telah menghadiri
mesyuarat AJK Majlis Kebudayaan Daerah Johor Bahru bertempat di Bilik Mesyuarat
Pejabat Daerah Johor Bahru.
Latihan Teater Revolusi Syaitan telah bermula 23 April
2014 bertempat di Anjung Seni Pejabat Daerah Johor Bahru dan pada tarikh
tersebut cik Mary Victoria Dass daripada Harian Metro telah datang bagi
membantu menyiarkan artikel berkaitan pementasan teater Eksperimental Revolusi
Syaitan.
Pada 1 Mei 2014, Tuan Pengerusi, Puan
Timbalan Pengerusi dan Setiausaha telah dilantik sebagai Pengadil Pertandingan
Dikir Barat sempena KARNIVAL MESRA BELIA - Jom Ke Putrajaya Peringkat Negeri
Johor berlokasi di Pontian.
Seramai 10 orang ahli Persatuan
Teater KESUMA-i bersama-sama AJK
Persatuan Belia KESUMA-I telah menghadiri Majlis Sepetang Bersama MKDJB pada 17
Mei 2014 bertempat The Zon Johor Bahru.
Gotong royong membuat set & prop
di Anjung Seni Pejabat Daerah Johor Bahru diantara Ahli-ahli Persatuan Teater
KESUMA-i dan Persatuan Belia KESUMA-I pada 18 Mei 2014 jam 3.00 petang, syabas
diucapkan.
Tuan Pengerusi, Setiasuaha telah telah pergi ke
pejabat YB. Dato; Zulkurnain Hj Kamisan bagi memohon bantuan kebudayaan bagi
mengadakan pementasan pada 4, 11, &
25 Mei 2014, melalui surat bantuan tersebut YB. Dato; telah minitkan kepada
JKKN Johor dan Setiasuaha telah menghantar system pesanan ringkas kepada
Pembantu Khas beliau kerana surat bantuan tersebut adalah bantuan melalui
Majlis Kebudayaan Negeri Johor dan bukan kepada JKKN Johor, maka Setiausaha
telah menghantar email kepada En Akmal pada 25 Mei 2014 untuk diserahkan kepada
YB. Dato’ untuk permohonan kepada Majlis Kebudayaan Negeri Johor.
Kunjungan YB. Dato’ Zulkurnain Hj Kamisan, Pengerusi Jawatankuasa
Belia, Sukan, Kebudayaan dan warisan Negeri Johor bagi melihat persiapan
KESUMA-I mengadakan pementasan teater Revolusi Syaitan pada 2 Jun 2014 jam 5.00
petang bertempat di Dewan Kenangan, Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat Batu 5
Johor Bahru.
Pementasan Teater Eksperimental “Revolusi Syaitan”
telah berjaya dipentaskan di Dewan Kenangan, Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat
Batu 5 Johor Bahru pada 2 -5 Jun 2014, KESUMA-I amat berterima kasih atas
kerjasama baik daripada pihak pengurusan Kompleks dan Pusat Khidmat Wakil
Rakyat Parlimen Pulai atas segala bentuk bantuan yang diberikan termasuk siar
raya, promosi, jamuan VIP, jamuan karyawan dan persiapan dewan.
No comments:
Post a Comment