Logo KESUMA-i

Logo KESUMA-i
Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru

Thursday, November 18, 2010

KHEMAH KERJA TEATER SEPANJANG TAHUN 2011

Majlis Teater Negeri Johor (MTNJ) melalui Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) telah menyerahkan satu kertas kerja yang memberi fokus kepada Kerja-Kerja Teater Sepanjang Tahun 2011 yang akan dikelolakan oleh Majlis Kebudayaan Negeri Johor dan akan dilaksanakan oleh Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru ke seluruh daerah-daerah di Negeri Johor mulai Mac tahun 2011.

Justeru, Persatuan berharap agar Majlis Kebudayaan Daerah-Daerah (MKD) dapat mencadangkan senarai nama jurulatih teater yang mendapat pengiktirafan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) untuk berkerjasama menjalankan aktiviti ini.

Persatuan juga menawarkan peluang ini kepada jurulatih-jurulatih teater di Negeri Johor untuk kemukakan permohonan kepada pihak kami bagi sama-sama melaksanakan tugasan ini.

Sasaran program ini adalah untuk mempromosikan kesihatan melalui kegiatan berteater.

Sila hantar permohonan anda kepada urusetia KESUMA-i di alamat:-
Pejabat urusetia,
d/a: Pejabat Koperasi Pekan Rabu,
Aras Bawah, Kompleks Pekan Rabu
81200 Johor Bahru.
Tel: 5572762 / 016-7949059 / 012-7048224
Atau
No. 5, Jalan Bangau,
Larkin Jaya 80350 Johor Bahru.
Atau
emailkan kepada :- kesumai@live.com

No comments:

Post a Comment