Logo KESUMA-i

Logo KESUMA-i
Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru

Thursday, November 18, 2010

Penangguhan Pementasan Teater Amal Medley Abang Abang Oh Abang

Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru ingin memaklumkan bahawa Pementasan Abang Abang Oh Abang yang dijangka akan diadakan pada 12 -14 Disember 2010 bertempat di Dewan Sultan Iskandar UTM, Skudai terpaksa ditunda kepada 18 - 20hb Februari 2011 (masa dan tempat adalah sama).

Pihak produksi Various Channels Communication setelah berbincang melalui Mesyuarat Khas Tenaga Produksi yang dipengerusikan oleh Encik Muhamed Ali Mohamed Munji (BJ) memaklumkan bahawa tarikh tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana penggunaan Dewan Sultan Iskandar UTM Skudai tidak mendapat kelulusan daripada Jabatan Hal Ehwal Korporat kerana dewan tersebut akan digunakan bagi acara lain.

Untuk Makluman semua Pementasan Teater Amal Medley Abang Abang Oh Abang (AAOA) akan meneruskan latihannya setiap Selasa dan Jumaat bertempat di Anjung Seni, Pejabat Daerah Johor Bahru jam 9.00 malam sepanjang bulan Disember ini.

Latihan Teater AAOA akan disambung semula secara intensif pada tiap-tiap hari Mulai 1hb. Januari 2011, melalui perbincangan diantara Pihak Penganjur dengan Pihak Produksi AAOA maka surat kontrak kepada para Karyawan dan Tenaga Produksi AAOA mulai 1hb. Januari 2011 berserta dengan bayaran 20%. KESUMA-i amat komited di dalam melaksankan tugas yang telah dipertanggungjawabkan bersama sekelian Pegawai-Pegawai, ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli untuk melakukan kerja Amal ini.

Pihak Penganjur dan KESUMA-i juga membincangkan mengenai tugas dan peranan karyawan dan Tenaga Produksi untuk dikekalkan atau ditukarkan sekiranya tidak dapat memberikan komitmen dan dianggap pasif di dalam melaksanaan tanggungjawab ini.

Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mohd Razif bin Hj. Adnan (Pengerusi merangkap Pengarah Teater AAOA)- 016-7949059 atau En. Othman Ahmad (Penolong Pengurus Produksi & Penolong Pengarah) - 012-7048224.

No comments:

Post a Comment