Logo KESUMA-i

Logo KESUMA-i
Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru

Friday, July 1, 2011

MESYUARAT EKSEKUTIF PROGRAM PERINTIS BENGKEL AMALAN GAYA HIDUP SIHAT MELALUI TEATER PUISI

Majlis Kebudayaan Negeri Johor (MKNJ)telah mengadakan satu mesyuarat Eksekutif pada 30hb. Jun 2011 jam 3.00 petang bertempat di Pejabat Majlis Kebudayaan Negeri Johor dengan dihadiri oleh Tuan Haji Muhamad Fuad Bin haji Radzuan, Pengarah Yayasan Warisan Johor merangkap Setiausaha Kehormat Majlis Kebudayaan Negeri Johor sebagai pengerusi Mesyuarat Eksekutif, Encik Abdul Hamid Bin Haji Mohamed, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Johor merangkap Penolong Setiausaha Kehormat MKNJ, Tuan Haji Meraj@ Mohamed Bin Hj. A. Jalal, Yang DiPertua, Majlis Teater Negeri (MTN)Johor merangkap AJK MKNJ, Encik Rusdi Bin Abd Rahman, Pegawai Perancang Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan merangkap AJK MKNJ, En. Mohd Razif Bin Hj. Adnan, Setiausaha Majlis Teater Negeri(MTN)Johor merangkap AJK MKNJ, Puan Rabiatul Adwiyah Binti Md. Salleh, Pegawai Pusat Dokumentasi Yayasan Warisan Johor merangkap AJK MKNJ, En. Mohd Hidayat Bin Mohd Nor, Setiausaha Kerja MKNJ dan En. Othman Ahmad, Timbalan Yang DiPertua, Majlis Teater Negeri (MTN) Johor.

Terlebih dahulu Tuan Haji Muhamad Fuad selaku pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir dan beliau sangat berbesar hati menerima makluman tentang Program Perintis Bengkel Amalan Gaya Hidup Sihat Melalui Teater Puisi yang dianggap baru di dalam aktiviti seni dan budaya di Negeri Johor. Majlis Kebudayaan Negeri Johor merupakan NGO's pertama di Negeri Johor yang memohon magadakan Program Perintis Bengkel Amalan Gaya Hidup Sihat Melalui Teater Puisi dan usaha ini harus diteruskan bagi melahirkan aktivis teater dan masyarakat yang mengamalkan penjagaan kesihatan melalui kegiatan seni dan budaya.

En. Mohd Razif Bin Hj. Adnan selaku Pegawai Projek telah menerangkan tentang aturcara dan perjalanan bengkel tersebut yang melibatkan hampir sepuluh (10) orang jurulatih yang berwibawa di dalam bidang teater dan gerak kreatif, beliau juga telah memaklumkan bahawa Majlis Teater Negeri (MTN) Johor telahpun menyediakan modul teater yang berkait rapat dengan kesihatan.

Mesyuarat tersebut juga telah membincangkan tentang penambahbaikan dan pengisian program anjuran LPKM dan MKNJ terutama mengenai aturcara dan pelancaran Bengkel tersebut yang dicadangkan oleh En. Abdul Hamid agar dibuat secara besar-besaran bagi mempromosikan kesihatan dan Bengkel tersebut dengan dirasmikan oleh YB. Puan Hajjah Asiah Binti Md. Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Johor merangkap Yang DiPertua Majlis Kebudayaan Negeri Johor.

Melalui mesyuarat ini juga En Rusdi mencadangkan agar "Silat Teater" ditukar kepada "Gerak Silat Dalam Teater" dan beliau sendiri akan membekalkan petikan-petikan Puisi Moden dan Puisi Tradisional yang menjurus kepada Kesihatan untuk digunakan di dalam bengkel tersebut.

Majlis Teater Negeri (MTNJ) Johor melalui Unit Produksi Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru akan meninjau-ninjau dari semasa ke semasa kepakaran Jurulatih-Jurulatih teater untuk ditawarkan bersama di dalam program ini.

No comments:

Post a Comment