Logo KESUMA-i

Logo KESUMA-i
Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru

Thursday, June 23, 2011

Back Dated News : BENGKEL KEMAHIRAN SOSIAL

Persatuan Teater KESUMA-i telah dijemput menghadiri Bengkel Kemahiran Sosial anjuran Institut Sosial Malaysia dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia dengan kerjasama Various Channels Communications dan iM Prihatin pada 19 Mei 2011 bertempat di Suria City Hotel Johor Bahru, seminar yang dihadiri oleh lebih 20 badan bukan kerajaan (NGO's) ini memberikan pendedahan tentang bagaimana menanggani isu sosial di kalangan masyarakat dan bimbingan kaunseling kepada ibu bapa di dalam mendidik anak-anak.

Ahli Panel terdiri daripada Prof. Madya Dr. Mohamed Fadhil Che Din (Pengarah, Institut Sosial Malaysia), Encik BJ (Principal Consultant, Various Channels Communications) dan beberapa ahli panel mewakili Institut Perguruan Batu Pahat, Universiti Teknologi Malaysia dan Kaunselor Malaysia. KESUMA-i, Majlis Teater NEgeri Johor (MTN) dan Majlis Kebudayaan Negeri Johor (MKNJ) antara persatuan Seni Budaya yang dipilih berdasarkan kerjasama dan keperihatinan kami terhadap masalah sosial dan Bengkel ini juga memberikan peluang kepada KESUMA-i untuk menerangkan fungsi persatuan Seni Budaya di dalam mendidik masyarakat menangani isu gejala sosial melalui kegiatan teater, peranan dan tanggungjawab persatuan bukan hanya terletak pada nama atau bidang kemahiran mereka sahaja, tidak kira apa juga persatuan dan NGO's perlu membantu usaha kerajaan di dalam mendidik masyarakat demi kebaikan negara.

KESUMA-i diwakili seramai 7 orang ahli jawatankuasa dan ahli-ahli terdiri daripada En. Othman Ahmad , Cik Rosita Hj. Mohd Anim , Cik Norazah Abdul Aziz , Cik Izyanee Mohd Nasir , En. Mohd Hidayat Mohd Nor (Setiausaha Kerja Majlis Kebudayaan Negeri Johor), Puan Norishimah Sallehdan Cik Shahrina Soyat Nor.

No comments:

Post a Comment