Logo KESUMA-i

Logo KESUMA-i
Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru

Thursday, June 2, 2011

Bengkel Gerak Kreatif Perpaduan Jiran Muda Tahap 1 2011

Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru telah berkerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor pada 27-29 MEI 2011 bertempat di Hotel 11@Century Johor Bahru. Seramai lebih daripada 60 Orang peserta dari setiap daerah di Negeri Johor yang mewakili Kelab Rukun Tetangga masing-masing hadir ke Bengkel tersebut.

Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih KESUMA-i ucapakan kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor dan Jurulatih KESUMA-i kerana telah berjaya merealisasikan program ini dengan impak yang sangat berkesan kepada peserta.

KESUMA-i diwakili oleh:
Encik Mohd Razif Hj. Adnan - Ketua Fasilitator
Puan Sahfeyah Hj. Sunok - Jurulatih
Encik Othman Ahmad - Jurulatih
Cik Rosita Hj. Mohd Anim - Jurulatih
Cik Norazah Abdul Aziz - Jurulatih
Cik Azliza A'Allah @ Abdullah - Jurulatih Pembantu
Puan Norisimah Salleh - Jurulatih Pembantu
Puan Norhafidah Buang (JPNIN)- Jurulatih Pembantu
Cik Mahsuri Tahir (JPNIN)- Jurulatih Pembantu

Rata-rata peserta menunjukkan kesungguhan dan minat yang kuat di dalam aktiviti berbengkel dan setiap latihan, para peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan kerjasama kepada Jurulatih masing-masing.

KESUMA-i telah bersetuju memilih Naskah Prakata Matinya Seorang Pahlawan karya sasterawan negara Allahyarham Dato' Usman Awang bagi memberikan bimbingan asas seni lakon dan gerak kreatif kepada peserta.

Melalui kaedah ini, para peserta telah menunjukkan kreativiti masing-masing melalui bimbingan Jurulatih KESUMA-i,hasil ini dapat dilihat ketika persembahan penutup.

kepada peserta Bengkel Gerak Kreatif, Bengkel Gerak Kreatif Tahap 2 akan diadakan pada tahun 2012 setelah mendapat kelulusan daripada JPNIN. Gambar-gambar Bengkel Gerak Kreatif Perpaduan Jiran Muda 2011 boleh dilihat di www.facebook.com/Jpnin Johor

No comments:

Post a Comment