Logo KESUMA-i

Logo KESUMA-i
Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru

Tuesday, June 21, 2011

Pertemuan dan Perbincangan Diantara KESUMA-i bersama Yayasan Seni Persembahan Variasi Singapura

Pertemuan dan Perbincangan diantara aktivis seni budaya dua negara (Malaysia dan Singapura)iaitu Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru bersama-sama Yayasan Seni Persembahan Variasi Singapura yang diketuai oleh Encik Hamzah Hamzah Zulkifli PBS
Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Hal Ehwal Melayu (Kawasanudi Canberra)wakili Persatuan Rakyat merangkap Presiden Yayasan Seni Pementasan Variasi, Singapura Pada 15hb Jun 2011 (Rabu)jam 9.00 malam bertempat di Anjung Seni, Pejabat Daerah Johor Bahru, Seramai 6 ahli Delegasi Singapura menyertai lawatan tersebut dan KESUMA-i diketuai oleh Encik Mohd Razif Hj. Adnan dan barisan Ahli Jawatnkuasanya serta ahli-ahli KESUMA-i menyambut baik kehadiran delegasi dari negara jiran Singapura bagi mengetahui tentang perjalanan dan halau tuju persatuan KESUMA-i, melalui pertemuan tersebut aktivis Singapura berkesempatan melalui sesi latihan KESUMA-i termasuk memperkenalkan SENAM SENI MALAYSIA dan melalui sesi diskusi KESUMA-i berkongsi pandangan dan ide di dalam memartabatkan aktiviti Teater di Negeri Johor dan Singapura.

Antara Objektif pertemuan Yayasan Seni Pementasan Variasi Singapura adalah:-

(i) Mengenal lebih dalam lagi tentang seni, budaya dan pementasan Melayu yang kian aktif di Malaysia terutamanya Johor Bahru
(ii) Mengeratkan lagi silaturahim diantara aktivis seni Singapura dan Johor Bahru
(iii) Berkongsi pengalaman dan membincang bagaimana untuk dikembangkan lagi seni serta kerjasama di antara dua negara
(iv) Melawat serta melihat kegiatan kegiatan Aktivis Seni di Johor Bahru

YSPV Singapura juga bakal mengadakan projek Seni Nusantara yang akan dikendalikan oleh pihak Singapura pada akhir tahun atau pada tahun 2011. Dimana, penggiat seni Singapura yang tergolong dari belia belia akan bergabung bersama aktivis seni di Johor Bahru dalam satu kem seni sama ada diadakan di seberang mahupun di Singapura. Sebagai proses projek ini, kami mengambil satu langkah dan inisiatif untuk melawat persatuan anda dan justeru itu untuk melihat potensi gabungan antara dua negara dalam projek sedemikian.

Biarpun hanya mampu menyediakan juadah ringan namun besar hasrat kami menerima kunjungan ini, namun berharap agar pertemuan ini akan memberikan impak postitif di dalam perkembangan Teater dan jalinan silaturrahim dua negara dimasa hadapan, hasrat kami sebagai aktivis seni di dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara amat memerlukan komitmen yang tinggi serta sokongan bagi merealisasikan impian bersama.

Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Majlis Teater Negeri Johor, Majlis Kebudayaan Negeri Johor, Yayasan Warisan Johor, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Johor, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasinal Negeri Johor kerana sentiasa menyokong penuh hasrat kami untuk memartabkan teater di Negeri Johor.

No comments:

Post a Comment